Selasa, 3 April 2012

YB Johari Abdul Menipu Dalam Parlimen: DESAKAN UNTUK DIAMBIL TINDAKAN TERHADAP YB SG PETANI DIBAWAH PERATURAN DEWAN RAKYAT 36(12)


Petikan dari kenyataan YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam wawancaranya dengan akhbar The Wall Street Journal  pada 26hb Januari 2012 adalah seperti berikut :

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.


Terjemahannya :
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata En. Anwar, walaupun beliau tidak terus berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi  tersebut, satu langkah yang kata beliau bergantung kepada Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Berbanding dengan kenyataan YB Dato’ Johari bin Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani  yang dalam perbahasan beliau terhadap Titah YDP Agong (hansard 22.3.2012 12.34 tgh) telah menghurai secara panjang lebar, sinis dan angkuh mengenai kenyataan YB Ketua Pembangkang mengenai Israel di wawancara yang sama dalam The Wall Street Journal, seperti berikut :
Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang dan dilaporkan oleh Asian Wall Street Journal, saya baca, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.  A step which he said, remain contingent on Israel respecting the aspiration of the Palestinians”. Saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu, Tuan Yang di-Pertua.  “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.  Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.”

Jelas disini bahawa YB Sg Petani telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan dan bersifat menghina majlis dan ahli, dan wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu seperti yang termaktub dalam Peraturan Berbahas bilangan 36, Perenggan (12).

Jelas juga bahawa pihak pembangkang kerapkali mengeluarkan kenyataan yang bersifat penipuan semata-mata untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mereka mendorong rakyat untuk menolak Kerajaan BN. Taktik kotor ini, jika tidak dibendung, akan terus berleluasa termasuk dengan penyalahgunaan Dewan Rakyat untuk agenda penipuan mereka. Oleh itu suatu tindakan yang tegas dan bersifat pembenteras perlu diambil oleh Dewan sebagai amaran keras kepada pihak pembangkang agar tidak mengulangi tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Buktinya adalah Hansard Dewan Seperti Dibawah:
DR 22.3.2012 47
12.34 tgh.
Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuanku, patik juga turut menjunjung kasih ke atas ucapan Tuanku Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Parlimen penggal terakhir kedua belas ini. Sebagai Ahli Parlimen dari Kedah, patik amat berbangga dengan pelantikan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda untuk kali kedua bersemayam bagi memerintah negara tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada 14 Mac 2012, Ahli Parlimen Libaran mengemukakan soalan kepada Menteri Luar Negeri yang berbunyi, “Meminta Menteri Luar Negeri menyatakan sumbangan-sumbangan yang telah diusahakan selama ini oleh kerajaan Malaysia terhadap negara Palestin”. Soalan yang amat straight forward. Teks ucapan dan jawapan Menteri ada di tangan saya, semuanya ada 12 perenggan. Cuma, saya hendak menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada lima perenggan sahaja.

Perenggan keempat jawapannya berbunyi, “Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Malaysia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel”. Di perenggan kelima, “Malaysia menyokong sepenuhnya segala usaha yang dijalinkan oleh masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel. Ini termasuk komitmen Malaysia dalam penyelesaian dua negara atau two state solutions.”

Di perenggan kelapan, Menteri menjawab, “Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan. Dengan hubungan itu, Malaysia telah menggesa supaya semua pihak berusaha mencari satu penyelesaian komprehensif yang adil dan saksama berdasarkan kepada roadmap yang diusahakan oleh Kuartet Damai Timur Tengah, Inisiatif Damai Arab dan resolusi- resolusi majlis PBB yang berkaitan”.

Tuan Yang di-Pertua, di perenggan kesepuluh, Menteri telah menunjukkan dirinya yang sebenar. Dia mempunyai sangkaan jahat dan telah mengelirukan Dewan yang mulia ini. Saya baca perenggan kesepuluh ini. “Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kenyataan sensasi Ketua Pembangkang dalam Wall Street Journal pada 26 Januari 2012 di mana beliau menegaskan, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” dengan izin.” Menteri berhenti dekat situ dan kemudian dia sambung, “Kenyataan tersebut secara jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.” Menteri seterusnya menyatakan, “Kenyataan tersebut juga secara terang-terang menunjukkan bahawa beliau merestui perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin”.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang dan dilaporkan oleh Asian Wall Street Journal, saya baca, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel. A step which he said, remain contingent on Israel respecting the aspiration of the Palestinians”. Saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu, Tuan Yang di-Pertua. ”Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel. Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.

DR 22.3.2012 48

Tuan Yang di-Pertua, yang tidak dibaca oleh Menteri adalah dari ayat remain contingent on Israel respecting the aspiration of the Palestinias. Kata kunci di sini ialah, “contingent”. Saya merujuk kepada kamus Oxford Dictionary, 7th Edition, 1994 mengenai apa maksud “contingent”. Spellingnya, “C-O-N-T-I- N-G-E-N-T”, maksud “contingent” mengikut Oxford Dictionary 7th Edition ialah – “condition, conditional dependent or that may or may not occur.” Dengan Bahasa Melayunya, “...dengan syarat, tertakluk, boleh berlaku, boleh tidak berlaku.”

Tuan Yang di-Pertua, pendirian Ketua Pembangkang adalah menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin. Saya quote apa kata dia. “If Israel withdraws to the 1967 borders, then we will establish a peace in stages. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people what Hamas founder Sheikh Ahmed Yassin called a long-term truce if Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then, we are ready to recognise them”.

■1240
Tuan Yang di-Pertua, ini juga sama pandangan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir yang telah menulis surat pada 21 Disember 1993 kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin. Apa kata Mantan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu? Saya quote “Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah”.

Saya ambil surat ini, atau petikan surat ini daripada Bernama. Bukan saya ambil ataupun reka- reka daripada blog. Dalam tulisan tangan, Mantan Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir juga menyebut “Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel”. Saya ulang “saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel”.

Pada 14 Mac 1997, Mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir sekali lagi menulis surat kepada Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan saya quote apa kata dia, “Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana Tuan belum mematuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan Tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap”. Satu lagi surat yang telah ditulis oleh Mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir pada 8 Jun 1999 kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Saya quote “Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel”.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin kenyataan Menteri Luar pada 14 Mac yang lalu yang dengan jelas menyatakan komitmen Malaysia terhadap penyelesaian dua negara atau two state solution ini terjelma setelah melihat betapa saban hari keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel.

DR 22.3.2012 49
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Satu minit lagi, Yang Berhormat.
Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh dari isi rumah hanya makan sehari sekali dan 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti pendirian kerajaan hari ini terhadap konflik Palestin – Israel yang mahukan penyelesaian, setelah melihat pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang juga mahukan penyelesaian dan setelah melihat pandangan dan harapan Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga mahukan penyelesaian, selari dengan hasrat rakyat Palestin. Jadi apa masalahnya? Apa masalahnya yang kononnya Ketua Pembangkang mahu jalinkan hubungan dengan Israel dan mahu berikan protection kepada Israel. Masalahnya ialah kerana ia disebut oleh Ketua Pembangkang yang namanya Anwar bin Ibrahim. Sebab itu...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, masa, Yang Berhormat.

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya harap kerajaan berlapang dada...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani, minta laluan.

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: ...Dan lihatlah. Membaca segala apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang sepenuhnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates