Khamis, 10 Mei 2012

Asyik Bercanggah saja puak Ni!


Dari sehari ke sehari, kita akan dengar pelbagai statement keluar dari puak-puak yang senantiasa membangkang dan merasakan mereka memang bagus/baik dari orang lain.

Tetapi yang menariknya statement-statement yang keluar dari mereka asyik bercanggah antara satu sama lain.

Rakyat semakin hari semakin rasa pelik. Siapa yang sebanrnya betul dikalangan mereka sendiri. Malahan dalam himpunan BERSIH tempohari, ada pelbagai kumpulan dengan agenda masing-masing.

Itulah agakanya yang pelbagai statement bercanggah keluar dari mulut mereka. Sorang ka A, sorang lagi kata B.

Kedah Times dapat rasakan yang mereka sedang bertelagah sesama sendiri. 

Langgar Penghadang Polis Bukan Langgar Perintah Mahkamah?

PEMBANGKANG yang jadi dalang kepada rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April cuba macam-macam cara untuk tidak kelihatan tidak bersalah dalam isu rusuhan yang tercetus.  Antaranya guna Majlis Peguam, pemantau dari luar dan beberapa pihak lain yang diketahui condong kepada politik mereka.

Terbaru Pakatan Rakyat menggunakan Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan, untuk mengatakan tindakan melanggar penghadang yang didirikan oleh polis itu sebagai tidak melanggar undang-undang.

Kenyataan ini adalah bercanggah dengan kenyataan rasmi oleh Pengerusi Bersih 3.0 sendiri, Datuk Ambiga Sreevenasan yang kesal dengan tindakan peserta Bersih 3.0 melanggar penghadang polis yang disiarkan hampir semua media utama negara pada hari kejadian iaitu Sabtu, 28hb April 2012.

Malah Ambiga minta pihak berkuasa ambil tindakan kepada puak-puak yang melanggar perintah Mahkamah tersebut.

Sekarang ada pulak peguam dari Majlis yang diketahui diperalatkan pembangkang, tampil beri kenyataan berdasarakan faham-faham sendiri, yang tujuannya untuk mengelirukan rakyat.
 
Penulis nak sebutkan disini, tak payah jadi peguam pun kita tahu yang langgar sekatan yang didirikan oleh polis itu adalah satu kesalahan.  Kalau tak percaya, cubalah rempuh mana-mana sekatan polis yang didirikan, dan tengoklah nasib apa nak jadi selepas itu?  Kalau ditembak jangan salahkan penulis.

Tapi isunya, macam mana pulak Majlis Peguam melalui Syahredzan ini boleh kata tindakan merempuh penghadang polis itu tidak melanggar undang-undang.  Ya, walaupun disebutkan perintah mahkamah tapi apa beza perintah mahkamah dengan undang-undang?
 
Semua orang tahu ini, termasuklah Ambiga sendiri sebagai Pengerusi Bersih 3.0, siapa pulak Syahredzan untuk mengatakan sebaliknya.  Persoalan melanggar undang-undang atau tidak dalam kes seumpama ini hanya layak ditentukan oleh hakim Mahkamah, bukan peguam.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Apa nak fenin2 bro.Polis patut bawa je JPMP nie ke Hakim yang keluarkan arahan tu..buat penjelasan akan dakwaanya tu..Samada ia menghina mahkahmah dan mematuhi undang2 kita tengk je.Pengamal Undang2 pun tak hormat undang2..diorang kira diorang tu 'above the law ke.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates