Jumaat, 11 Mei 2012

AZIZAN MENEMPAH MAUT!!!!!


LAPORAN POLIS KE ATAS KENYATAAN YAB USTAZ AZIZAN YANG BERSIFAT UGUTAN JENAYAH DI DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA DAN SINAR HARIAN BERTARIKH 10 MEI 2012 YANG BERKERAS MAHU MEROBOHKAN MADRASAH SALIHIAH

1. Saya FIDEL FIRAIDI BIN MUSTAFFA, NO.K/P 631023-02-5229 salah seorang palintif/waris tanah waqaf khas Madrasah Salihiah DAN PIHAK BERKEPENTINGAN yang telah mengemukakan writ saman memohon injunksi di Mahkamah Tinggi Alor Setar ingin membuat laporan polis ke atas YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah di atas kenyataan beliau sepertimana yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian bertarik 10 Mei 2012.


2. Di antara lain kenyataan beliau menyebut, “kerja-kerja meronboh madrasah itu kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan secepat mungkin meskipun kes berkenaan dibicarakan di mahkamah’. Beliau (USTAZ AZIZAN) menambah lagi, “dalam mahkamah sedang bicara pun kita(kerajaan negeri) boleh buat sebab mereka bukan minta injunksi halang kerja meroboh tetapi mereka tak puas hati mengenai jual tanah sahaja.

3. Kenyataan Ustaz Azizan ini sekaligus bertentang dengan writ saman yang telah dikemukakan oleh pihak plaintif yang mewakili madrasah Salihiah yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 6 Mei 2012 yang lalu antara lain dalam salah satu writ saman dalam kamar (permohonan untuk perintah injunksi interlokutori) sepertimana yang difailkan melalui Tetuan Jesvinderjit Singh, perkara (b) tuntutan menyebut:

“SUATU PERINTAH INJUNKSI TERHADAP DEFENDAN-DEFENDAN (MAIK, PENTADBIR TANAH KOTA SETAR DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH) UNTUK MENAHAN, DAN/ATAU MENGHALANG DEFENDAN-DEFENDAN SENDIRI, EJEN ATAU PENGKHIDMATNYA DARIPADA MEROBOHKAN DAN ATAU MENGOSONGKAN TANAH TERSEBUT SEHINGGA ARAHAN SELANJUTNYA DARIPADA MAHKAMAH YANG MULIA”

4. Justeru, kenyataan YAB Ustaz Azizan jelas mendahului proses perundangan di mahkamah, menghina Hakim yang bakal mengadili kes ini seolah-olah pihak hakim tidak berupaya membuat tafsiran tentang kehendak dan kandungan writ saman yang dikemukakan. Selain kenyataan Ustaz Azizan merupakan satu ugutan jenayah kepada pihak kami selaku plaintif yang sedaya upaya mempertahankan tanah warisan datuk nenek moyang kami dan bangunan madrasah salihiah yang sedang cuba dirobohkan oleh pihak kerajaan negeri.

5. Oleh yang demikian pihak kami/saya ingin memohon tindakan siasatan yang adil dari pihak polis tanpa ada rasa takut dan gentar terhadap kenyataan Ustaz Azizan ini disebabkan kami memahami bahawa tiada sesiapa pun jua tanpa mengira keturunan, pangkat, kaum, bangsa, atau agama yang boleh mengatasi undang-undang.

6. Siasatan dan pendakwaan ke atas USTAZ AZIZAN BIN HAJI ABDUL RAZAK amat perlu memandangkan beliau telah berulang kali mengeluarkan ugutan jenayah dan membuat kenyataan melulu yang meresahkan anak kariah, waris tanah waqaf khas Madrasah Salihiah, jawatankuasa Madrasah Salihiah dan orang berkepentingan yang ada hubungkait dengan kes ini.

7. Saya/kami amat bimbang jika kenyataan tidak bertanggungjawab sebegini tidak dibendung dan diambil tindakan dengan menghadapkan ustaz AZIZAN ke muka pengadilan, pertumpahan darah, pergaduhan, konflik antara waris dan jawatankuasa Madrasah Salihiah serta anak kariah dan seluruh umat Islam sekitar dengan kerajaan negeri boleh tercetus bila-bila masa sahaja.

8. Sekianlah sahaja laporan saya/kami

BERTARIKH 11 MEI 2012

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Azizan rileks ja...lepas ni tau dia kata apa? ya ka bila saya kata? saya tak tau apa pun...jangan dok buat cerita no...kalau nak buat perangai buat perangai cara org islam...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates