Khamis, 3 Mei 2012

Azmin Wajib Bersihkan diri

Nampakya suara-suara dari puak-puak pembangkang sudah menyatakan pandangan mereka terhadap Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Mereka mahu Azmin membersihkan diri dari tuduhan-tuduhan yang disebarkan melalui blog-blog tentang gambar-gambarnya yang TERLALU GANAS.

Seruan penyokong PKR ini agar nama beliau dapat dibersih. Jika beliau masih berdiam, maka ianya seolah-olah apa yang disebarkan benar.

Apa kata penyokong PKR Kedah? Masih percaya ka dengan pemimpin-pemimpin besar hangpa ni?



Azmin Patut Dirujuk Ke Jawatankuasa Disiplin PKR

SETELAH beberapa hari sejak isu ini terbongkar, terus terang penulis katakan yang penulis ada masalah dengan cara YB Azmin Ali mengendalikan isu berkaitan penyebaran gambar-gambar dari video seks yang didakwa membabitkan dirinya.
Memang penulis akui Azmin bertindak pantas dengan mengeluarkan kenyataan penafian secara bertulis, sehari selepas gambar-gambar tersebut tersebar.  Tapi sejak dari itu, hanya penafian itu sahajalah yang kami semua ada untuk mempertahankan Azmin.
Cukupkah?  Sudah tentu tidak cukup.
Paling mengecewakan penulis ialah masih tidak ada lagi laporan polis dibuat Azmin berhubung dengan penyebaran gambar-gambar tersebut sehingga hari ini., walhal hari ini sudah masuk hari ke-5 sejak gambar-gambar itu tersebar!!
Berbeza dengan kes video seks fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu bila mana laporan polis dibuat dengan segera iaitu sehari selepas ianya ditayangkan kepada sekumpulan wartawan oleh Trio Datuk T di Carcosa Seri Negara.
Apa sebenarnya yang menghalang Azmin dari membuat laporan polis dengan segera dan kemudiannya menyaman semua pihak-pihak yang terbabit pun penulis kurang pasti.
Sedangkan kalau diikut dari kenyataan bertulisnya yang dikeluarkan pada Isnin, beliau benar-benar yakin dengan pihak mana yang menyebarkan gambar-gambar tersebut bagi tujuan memfitnahnya.
Hari ini Ummi Hafilda pula menambah minyak kepada api yang semakin marak apabila membuat kenyataan mengesahkan lelaki dalam video tersebut adalah 99.9% abangnya.
Apa pun yang kita boleh cakap dan gelar kepada perempuan puaka ini, satu yang pasti ialah dia masih lagi adik kandung Azmin yang membesar bersama.  Justeru, kelebihan untuk mengenal pasti abangnya sendiri memang sentiasa berpihak kepada dia, dibandingkan dengan kita semua yang hanya mengenali Azmin sebagai pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat.
Melainkanlah, ada kenyataan balas dari Shamsidar Taharin yang menafikan lelaki dalam video tersebut adalah suaminya!!
Penulis tidak bimbang dengan kesan kenyataan Ummi Hafilda itu dikalangan penyokong Pakatan Rakyat mahupun penyokong BN, penulis bimbang dengan kesannya kepada golongan atas pagar yang lebih ramai dari penyokong Pakatan Rakyat dan BN – digabungkan semua sekali.
Seingat penulis, jarang atau tidak pernah Pakatan Rakyat ketinggalan dalam menjawab sesuatu isu, terutama sekali dilihat dari cara jentera kita bergerak dalam melawan fitnah video seks yang dikaitkan dengan Anwar dahulu.
Berlainan dengan kes yang ini.
Justeru, bagi menutup kelemahan dan kekurangan yang ada, penulis suka nak mencadangkan agar Azmin dihadapkan ke Jawatankuasa Displin parti untuk kesnya didengari dan diputuskan.  Sekurang-kurangnya rakyat melihat parti ada berbuat sesuatu dalam menangani kes Azmin ini.
Walaupun kes ini bersifat peribadi tapi ia membabitkan maruah dan imej parti dalam masa yang sama kerana jawatan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR adalah jawatan sepenuh masa, tidak terikat dengan batasan masa seperti golongan pekerja kolar putih yag lain.
Penulis mendesak, pihak kepimpinan tertinggi PKR mengambil tindakan dengan segera dalam isu ini sebelum ianya melarat dan mengurangkan lagi peluang kita untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di Putrajaya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates