Jumaat, 18 Mei 2012

'Bapak Kafir': Nik Aziz Merestui BERSIH 3.0 Tapi Mempertikai Fatwa Ulamak


Marah bebenor penyokong PAS bila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor memberi gelaran kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak kafir' berikutan kenyataan terbuka Nik Aziz yang mewajibkan orang awam menyertai demonstrasi BERSIH 3.0.

Kenyataan Rahim itu berkait rapat dengan reaksi negatif Nik Aziz yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan haram bagi umat Islam menyertai atau menyokong demonstrasi yang impaknya buruk terhadap ketenteraman - termasuklah demonstrasi BERSIH 3.0.

 Dalam kenyataannya sebelum ini, Nik Aziz menganggap semua anggota Jawatankuasa Fatwa telah membuat kesilapan kerana melihat isu BERSIH 3.0 hanya dengan sebelah mata - satu penyataan yang sengaja memperlekehkan kelayakan para Ulama yang emnganggotai jawatankuasa tersebut.

Dan bila Rahim tiba-tiba tampil ke depan menemplek kembali kenyataan Nik Aziz itu, memang termanggu seketika penyokong PAS dibuatnya. Sampaikan Nik Aziz sendiri yang selama ini amat gemar komplen sana sini mempertikaikan akidah dan tahap ilmu orang lain pun kelu lidah tak mampu komen apa-apa.

Mungkin melihat Nik Aziz terpana seketika dengan tujahan keras tepat atas dahinya itulah mendorong penyokong PAS dan ramai pimpinan PAS yang lain cuba cover malu yang terpalit atas dahi Nik Aziz. Walhal sebenarnya ramai kalangan mereka hanya baca tajuk sahaja dan tak mustahil sebahagian besar yang lain hanya mendengar dari pihak yang ketiga.

Rupanya penyokong dan pemimpin PAS tahu juga apa rasanya bila telinga panas dan rasa marah serta geram bila kena tujah atas dahi oleh orang lain. 

Sebelum ini tatkala penyokong UMNO dikafirkan dan dipersenda akidahnya oleh pemimpin PAS, ada pernah orang PAS ambil kisah? Bila Nik Aziz memuliakan syaitan sebagai kawan semata-mata untuk menghalalkan hubungan PAS dengan kafir harbi DAP, ada orang PAS terfikir untuk menegur keterlanjuran kata Nik Aziz?

Jawabnya tiada... Sebabnya?... Kerana hati nurani penyokong PAS sudah hitam kelam dan buta tuli mengiakan saja dengan segala macam ucap keji dari mulut Nik Aziz sekalipun tahu hakikatnya Nik Aziz hanyalah seorang politikus yang mencari duniawi dengan menjual agamanya.

Walaupun penulis tidaklah bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Rahim menganggap Nik Aziz adalah BAPAK KAFIR (Father Of Kafir) namun sekali sekala ada orang dengan selamba saja balun Nik Aziz elok juga, kena pula yang membalun itu non-politician memang cair tahi telinga penyokong PAS dibuatnya.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah lekatkan Islam dihatiku dan jauhkan PARTI PAS dari hatiku..... Amin......

Pelabur Bijak berkata...

Bila lah penyokong PAS nak tersedar dari lamunan.
Tak nampak kah orang ISLAM-MELAYU tergugat.
Buat sokong amBABIga dan sekutu2 NGO dibelakangnya.

Hidup UMNO-BN !

Pelabur Bijak

Tanpa Nama berkata...

UMNO BANGANG ,BODOH LAGI BINGAI.DAH LAMA NIK AZIZ TU KAFIR KERANA MENGAKU ULAMA TAPI BERKAWAN DENGAN SYAITAN.SEKARANG BARU UMNO SEDAR????

Tanpa Nama berkata...

TERINGIN NAK DENGAQ APA KATA DATO MUFTI KEDAH PASAL NIK AZIZ PERSOAL FATWA TU. SEBAB RAMAI ORANG KATA DATO MUFTI KEDAH NI PUN ORANG KUAT PAS JUGAK.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates