Jumaat, 11 Mei 2012

BERSIH 3.0: Laporan Media Barat Tidak Membantu Anwar


Menurut media pro-kerajaan, BERSIH 3.0 telah gagal dengan teruk sekali.   

Tetapi menurut Ambiga, Anwar dan pembangkang Malaysia keseluruhannya, BERSIH 3.0 telah berjaya mencapai matlamat.  Alasan pembangkang menyatakan ia berjaya adalah berdasarkan jumlah peserta yang dikatakan mencapai 300,000 di seluruh negara.   

Namun, kebenarannya ialah bahang BERSIH 3.0 hanya dirasakan dalam jarak 10km radius dari Dataran Merdeka.   Jauh sedikit dari itu, orang ramai menjalankan kehidupan mereka seperti tiada apa-apa berlaku.  Jika ditanya mengenai BERSIH pula, mereka rata-ratanya akan mencemuh dan tersenyum sinis.   Ramai bersetuju bahawa hanya orang-orang yang benar-benar buta tuli atau bodoh sahaja yang akan turun berdemonstrasi dalam usaha untuk menghuru-harakan negara yang aman damai.   

Jika tidak kerana ramai yang meluahkan rasa menyampah terhadap BERSIH 3.0 di dalam laman-laman sosial, maka tidak keterlaluan dikatakan bahawa penganjur BERSIH 3.0 bersama dengan 25,000 jumlah peserta yang turun pada 28 April tersebut, hanyalah syok sendiri.   

Justeru, kita tidak tahu atas dasar apakah pihak penganjur merujuk kepada BERSIH 3.0 sebagai berjaya. 

Malah, lebih teruk, rakan-rakan Anwar Ibrahim, iaitu media-media barat yang dijemputnya juga tidak mampu membantunya menipu untuk menyatakan BERSIH 3.0 yang gagal itu, sebagai berjaya. 

Majalah The Economist menulis bahawa ‘bintang’ Anwar semakin pudar setelah peranannya sebagai pencetus keganasan dalam BERSIH 3.0 dipersoal.   Majalah itu juga menyatakan bahawa Anwar perlu membuat penjelasan mengenai isyarat tangannya yang diterjemah sebagai arahan untuk merempuh halangan polis.

Malah dalam sidang media PKR kemudiannya, Anwar juga dituduh sebagai membahayakan nyawa peserta sekali gus memperjudikan matlamat BERSIH.  

Lalu, The Economist juga mempersoalkan apakah seorang yang sanggup mengambil-alih sebuah perhimpunan aman untuk ditukar menjadi perhimpunan ganas wajar diangkat menjadi pemimpin kepada 28 juta rakyat? 

Artikel negatif mengenai Anwar yang disiarkan oleh media barat bolehlah dianggap sebagai luar-biasa kerana selama ini majoriti mereka termasuk Jurusalem Post juga sering memuji-mujinya hatta menobatkannya sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang layak memimpin bukan saja Malaysia, tetapi Asia Tenggara. 

Pastinya, kegagalan BERSIH 3.0 adalah terlalu ketara dan tidak dapat dimanipulasi lagi sehingga menyebabkan media barat juga terpaksa mengakuinya. 

Atas hakikat ini, maka laungan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menyatakan ia  berjaya bolehlah dianggap sebagai menipu diri sendiri dan penyokong mereka. 
Kita tahu, mereka malu dan sebagai politikus yang ego, takbur dan riak belaka, mereka tidak mampu menerima kekalahan dengan baik.  Kerana itu, mereka melaungkan BERSIH 4.0 sekadar untuk menutup malu. 

Pokoknya di sini, para pemimpin pembangkang langsung tidak kisah merisikokan nyawa dan nasib penyokong mereka sekali lagi dan mungkin berkali-kali lagi selepas ini.  Dan semua ini dilakukan semata-mata untuk menutup malu!

Kita tidak tahu berapa ramai pula peserta yang sanggup suka-suka menghulurkan tubuh badannya untuk cedera dan menggadaikan masa depan serta menyusahkan keluarga dalam BERSIH 4.0 jika benar ia bakal diadakan.  Sedangkan pada hakikatnya mereka sedang menikmati hidup senang lenang dan aman tenteram tanpa apa-apa ancaman. 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Jangan risau kalau kerajaan yang sedia ada ni di tuduh RASUAH korang ganti lah dengan PAKATAN AMERIKA [ BUKAN PAKATAN RAKYAT ] Insya'allah semua nya akan bersih termasuk korang semua , bangsa Melayu dan Ugama Islam ini Akan BERSIH dari bumi Malaysia ni , semua nya akan hilang dan pupus dan malaysia ni akan bertukar nama UNITED MALAYSIA , dan President Malaysia yang pertama ia lah Encik Anuar Ibrahim . Lepas tu ta ada lagi president Malaysia yang berketurunan Melayu , Macam Singapura di mana president nya yang pertama ialh Encik Yusuf Ishak dan selepas semua nya china keling dan yahudi. Nampak nya sejarah malang orang melayu akan berulang , Yang rugi dan bangang nya ialah orang melayu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates