Khamis, 10 Mei 2012

BOLEHKAH DUIT DITEMPA DARI AIR LIUR?


Ustaz Azizan kini mula sedar bahawa duit tidak boleh ditempa dari air liur. Kenaikan yuran KUIN sehingga 240% yang diumumkan oleh Ustaz Azizan baru baru ini menjdi bukti bahawa Ustaz Azizan baru bangun dari tidur yang panjang selama 4 tahun

Itu pun setelah diserang depan belakang oleh wakil Anwarinas dalam Pas Kedah.

Selama ini Pas dan Pakatan Rakyat asyik menabur janji bulan bintang kepada rakyat, tanpa perlu memikirkan bahawa wang perlu dicari dan dijana, dan bukan ditempa dari air liur lebai lebai songsang yang hanya berceramah bohong siang dan malam.

Menyongsang arus berbanding dengan tuntutan menghapuskan PTPTN dan pendidikan percuma oleh kuda kuda tunggangan Anwar, Ustaz Azizan bukan setakat tidak menghapuskan pinjaman pelajaran oleh kerajaan negeri yang dituntut setiap bulan dari anak Kedah, beliau juga tidak langsung mempertimbangkan pendidikan percuma diberikan oleh KUIN. Malah yuran KUIN dinaikkan lagi berganda tinggi.

Sebenarnya inilah preview apa yang akan terjadi jika pakatan memerintah dan diberi kuasa. Jangankan mengekalkan pendidikan bersubsidi sehingga 95% sebagaimana kerajaan BN, malah anak anak orang miskin akan terpinggir terus dari kemudahan pendidikan dengan kenaikan yuran yang menggila oleh KUIN?

Bikinlah serupa dengan cakap...

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

MB kata yuran satu semester saja dah RM16k, tu diaaa, gila kaa? Yg aku tau yuran buat degree dgn OUM pun baru RM18k, utk 4 tahun. Baik lagi pi buat kat OUM saja.
PR yg mimpi, PAS kat Kedah nak bagi free education pun tak mampu.
Pi lah mampuih dgn buku jingga hangpa tuh

Tanpa Nama berkata...

Kesian dengag cerita nak bayag gaji KUIN pon ambik kat SADA mana pi habih duit balak ngan bijih besi yg dok war war sangat tu..... nasib baik ada GLC Kedah macam SADA ni tapi kita semua kena ingat??? sapa yg dok manage SADA tu. Nak harap GLC lain kedahcorp,kedahAgro haram habuk pon tarak tu lah reja lebai2 hijau...perangai macam lalat hijau dok hurung t...
p/s jangan marah haa... nanti kena juai

lebai putih

Tanpa Nama berkata...

ooo yuran medic saja yang naik, ingatkam yuran untuk semua...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates