Jumaat, 25 Mei 2012

Bubar Parlimen: Lawak Tak Sedar Diri Dari Azmin Ali


Wah! Bukan main gah bunyinya apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak segera membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum dijalankan sesegera mungkin.

Menurut kata Azmin Ali lagi, "Kalau dia (Najib) kata sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh, saya cabar dia umum tarikh pilihan raya esok (hari ini). Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU 13".


Katanya lagi PM tak berani bubar parlimen kerana UMNO banyak masalah. Biar betul? Siapa sebenarnya yang sedang bermasalah dengan segala skandal moral, masalah janji dimungkiri dan aiskrim dijilat licin?

Antara sedar atau tidak, Azmin sebenarnya sedang menunjukkan kebodohannya sendiri. Ego tak kena tempat, baghal melampau-lampau.

Baru saja dua tiga bulan lepas, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim  pernah melontarkan idea mahu mengadakan pilihanraya berasingan dengan parlimen. Malah mentor Azmin yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga berkongsi pandangan sama.

Itu baru betul namanya takut berhadapan dengan sokongan rakyat, kerisauan melampau bakal kehilangan kuasa.

Kalau betul pakatan pembangkang khususnya PKR dan PAS dah tak sabar sangat hendak mengharungi musim pilihanraya,... nah... bubarkan sekarang juga DUN Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan, tak payah tunggu parlimen bubar.

Ada berani? Takkan cakap berdegar-degar kokok berderai-derai alih-alih tahi yang terpalit pada ekor rupanya tahi sendiri. Bikin malu saja.

1 comments:

Suara pengundi berkata...

Budak azmin aiskerim ini bukan tahu yg itu hak PM.Ikut suka PM lah nak bubar bila pun.

Cuma PM sedang teliti senarai calon agar calon BN tak ada yg jadi calon aiskerim,kaki liwat,balun sapa-sapa.

PM sedang bersih calon yg kotor yg ada dlm UMNO dan BN.

Biar lambat asal selamat.

Dlm UMNO ramai juga yg tak senonoh.

Semoga UMNO Kedah dapat calon yg bersih.
Bukan kaki iaskerim/judi/kaki betina/khlawat/kaki hadyai/utang tak bayar/kaki kencing/rasuah dsb.

Sebab PRU 13 ini pengundi Melayu/Cina/India/Siam/benggali dll nak tengok calon dulu.Parti kemudian.

kalau begitu UMNO/BN kena cari calon molek-molek.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates