Ahad, 27 Mei 2012

DAP ANGGAP MELAYU BOLEH DIBELI DENGAN WANG, PANGKAT


Ini apa yang sentiasa berada dalam benak fikiran DAP.

Melayu boleh dibeli dengan duit, pangkat, betina dan sebagainya.

Parti rasis Cina, DAP menghina orang Melayu dengan berfikir bangsa ini dapat dibeli dengan wang ringgit dan jawatan.

Ini terbukti apabila dalam usaha memujuk bekas naib presiden, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, kekal dalam parti itu, beliau ditawarkan jawatan tinggi dalam Penang Institute dengan gaji dan elaun mencecah RM50,000 sebulan serta pelancongan ke luar negeri.


Begitu murah DAP memandang nilai pemimpin Melayu yang berprinsip seperti Tunku Aziz sehingga menganggap beliau bleh sahaja dibeli dengan mudah seolah-olah nilai orang Melayu hanya terletak pada pangkat dan kepingan wang.

Jika beginilah DAP memandang pemimpin seperti Tunku Aziz, bagaimana pula pandangan dan sikapnya terhadap bangsa Melayu pada keseluruhannya.

Bayangkan apa yang bakal berlaku jika DAP memerintah negara ini bersama dengan kuda tunggangannya, PKR dan PAS.

Sudah tentu berpandu kepada sikap rendah parti itu terhadap bangsa Melayu, sasaran utama mereka semestinya semua institusi-institusi yang telah dibangunkan oleh Umno untuk memartabatkan orang Melayu.

Antaranya adalah MARA yang sejak zaman sebelum merdeka lagi telah berusaha menaikkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu dalam setiap bidang terutamanya pendidikan dan ekonomi.

Institusi seperti Maktab Sains MARA yang telah memberi pendidikan percuma dan berkualiti tinggi kepada ratusan ribu anak-anak Melayu akan dirombak.

Malah institusi pengajian tinggi khusus untuk orang Melkayu seperti UiTM, akan dibuka seluas-luasnya kepada pelajar bukan Melayu di bawah kuasa DAP.

Walaupun PAS adalah parti majoriti Melayu sementara PKR adalah parti berbilang kaum yang dominasi oleh orang Melayu, mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana DAP akan menjadi kuasa terkuat dan pemuutus kata dalam membuat keputusan.

PAS dan PKR hanya akan menjagi tunggul sementara melihat DAP menghancurkan satu persatu institusi Melayu di depan mata mereka sendiri.

Kerana gilakan kuasa dan pangkat, PAS dan PKR akan membiarkan DAP berbuat sesuka hatinya.

Buktinya adalah jelas dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Apabila timbul isu orang Islam dimurtadkan oleh mubaligh Kristian di Selangor, PAS terus berdiam diri dan tidak berkata-kata apa-apa terhadap DAP.

Malah PAS memecat Exco Selangor, Datuk Hassan Ali kerana mempertahankan martabat Islam dan umat Islam.

Kerana mahu menjaga hati DAP, PAS sanggup membelakangkan kepentingan agama dan membiarkan umat Islam dimurtadkan.

Kedua, masalah sosial semakin berleluasa di Selangor di bawah Pakatan Rakyat dengan bercambahnya pusat-pusat hiburan dan judi haram tanpa sekatan.

Ini semua angkara DAP yang diberi tanggungjawab menjaga portfolio kerajaan tempatan.

Melalui kuasa yang diberi, DAP membenarkan kongsi-kongsi gelap Cina bermaharajalela di Selangor dengan operasi haram mereka tanpa diambil sebarang tindakan undang-undang.

Penjenayah dilindungi di Selangor kerana DAP membenarkannya sementara PAS dan PKR membisu dan berpeluk tubuh kerana dicucuk hidung mereka oleh parti chauvinis Cina itu. 

Walau apapun yang cuba dilakukan oleh DAP untuk memikat hati orang Melayu, mereka akan tetap dilihat sebagai sebuah parti rasis yang anti-Melayu.

Sejak ditubuhkan DAP tidak pernahkan perjuangkan nasib orang Melayu, hanya Umno yang bertungkus lumus memastikan orang Melayu kekal sebagai tuan di bumi tanah tumpahnya bangsa mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates