Ahad, 27 Mei 2012

DAP dan Orang Melayu

DAP memegang satu kerusi di Kedah.

Kedah Times tidak berapa pasti macamana DAP boleh menang di Kota Darulaman. Adakah kerana ahli DAP memang ramai? Atau ramai orang Melayu yang mengundi DAP pada PRU12 lalu?

Mungkin UMNO Kedah sudah buat analisa. Tapi DAP senantiasa mencari jalan untuk mencuri mana-mana DUN yang mereka rasakan dapat. Contoh terbaik DUN Kota Darulaman ini.

Dan orang-orang Melayu yang senantiasa tidak berpuashati dengan UMNO dan kerajaan adalah mangsa mereka. Orang jenis ini pemberian Allah pun mereka tidak pernah merasa puas dan sentiasa mengeluh.

Dan DAP parasit yang sentiasa akan meresap masuk untuk mencari peluang yang ada. 

Orang Melayu ... jauhilah dari DAP... hatta bersubahat  dengan mereka .. 



PROJEK DAP PIKAT MELAYU GAGAL, BAKAL KECUNDANG PADA PRU13

Keputusan mengejut Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahimmeninggalkan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya tetapi juga menjagi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang rasis dan hanya mementingkan chauvinisme Cina.
 
Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar, lantas diberi beliau satu jawatan tinggi.

Tiga tahun kemudian, tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi satu mimpi paling ngeri baginya.

Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu meninggalkan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip 'Malaysian Malaysia' seperti mana yang diwar-warkan selama ini, tetapi rupa-rupanya sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem diktator.

Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya pemimpin tertinggi berbangsa Melayu, tidak disambung menjadi Senator apabila mengkritik perhimpunan Bersih 3.0.

Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu.

Beliau membuktikan bahawa projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah gagal.

Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang Melayu yang terperdaya dengan DAP akan meninggalkan parti itu.

DAP yang cuba menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap dua muka dan hipokritnya.

Lihat sahaja gambar-gambar peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak polis, rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.

Di mana penyokong DAP? DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dalan Bersih 3.0.

Mereka mengguna PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang bodoh dan jahil.

Sementara PAS dan PKR menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.

Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut segala kehendak parti itu.

Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana kesedaran Tunku Aziz, selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan oleh DAP.

Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang, dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang prihatin kepada nasib orang Melayu.

Terus mereka lupa jasa Umno menerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada sebuah bangsa yang lemah, dhaif dan seba kekurangan dalam segala bidang kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita lihat sekarang.

Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP dan malangnya atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa, PAS dan PKR sanggup melacurkan diri mereka kepada parti rasis Cina itu.

Kini pimpinan tertinggi DAP dalam keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.

Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu.

Bagi Tunku Aziz dan orang Mekayunyang lain, bak kata pepatah, sekali kena sudah beringat, kali kedua tidak mungkin disengat lagi.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates