Jumaat, 11 Mei 2012

Fatwa Nik Aziz vs Fatwa Majlis Fatwa

Kedah Times agak sedih bila melihat sahabat-sahabat kita disebelah sana yang begitu ghairah menyokong dan mempertahankan perhimpunan BERSIH.

Mereka secara membabi buta menerima pakai fatwa Nik Aziz yang sanggup mempertahankan tindakan dia mengeluarkan wang untuk bantu mereka yang ingin ke Kuala Lumpur untuk merosakkan harta awam, memaki hamun polis dan pelbagai tindakan buruk mereka. Alangkah berdosanya Nik Aziz jika yang dia sponsor tersebut meninggalkan kewajipan sebagai seorang Islam.

Apakah keputusan ramai bijak pandai Islam tidak boleh diterima, sebaliknya fatwa Nik Aziz mengatasi segalanya?

Tepuk dada tanya iman.


Ulama Mengesahkan Demonstrasi BERSIH 3.0 Haram

Akhirnya para Ulama dan Mufti membuka mulut menyuarakan pandangan mereka selepas masing-masing kurang senang melihat kekacauan dan rusuhan berlaku semasa demonstrasi BERSIH 3.0. Mereka sepakat sependapat sebarang perhimpunan dan demonstrasi yang menjurus kepada kacau bilau dan mengganggu ketenteraman awam adalah haram untuk disertai.


Kenyataan itu jelas tepat dan kena pada masanya apatah lagi demonstrasi BERSIH 3.0 yang berlangsung minggu lepas itu terbukti gagal dikawal selia oleh penganjur hingga akibatnya memudaratkan suasana damai yang selama ini dikecapi semua pihak.

Tidak sedikit khalayak umum terpaksa menanggung kerugian angkara rusuhan dan kekacauan yang berlaku, lebih dari itu sedikit sebanyak turut menyebabkan imej baik negara terpalit sama tercemar gara-gara tindakan liar perusuh BERSIH 3.0 yang berkelakuan ganas seakan hilang kewarasan fikirannya.

Malah apabila kebanyakan perusuh yang terbabit merosakkan harta benda awam dan mencederakan anggota keselamatan seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah terdiri kalangan orang Islam, ianya tentu sahaja mencalarkan kesucian Islam sebagai agama yang menyeru kepada keamanan dan perpaduan.

Selain itu, faktor pihak penganjur sendiri yang terlibat secara langsung dalam menyokong keagiatan memurtadkan umat Islam dan kuat mendukung golongan songsang (lesbian, gay, biseksual & transgender - LGBT) tentu sahaja menjadi salah satu kriteria penting sehingga mendorong para Ulama bersependapat mengharamkan perhimpunan seumpama itu.

Namun, persoalannya adakah para peserta BERSIH 3.0 khususnya yang beragama Islam bersedia menerima pandangan para Ulama itu dan mengambil iktibar sebagai pengajaran di masa depan, ataupun mereka lebih selesa berpaut pada pandangan minoriti pro BERSIH 3.0 yang diketuai oleh ulamak politik seperti Nik Aziz Nik Mat? 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

"father of kafir" - Rahim Nor

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates