Khamis, 24 Mei 2012

Karpal Yang Selalu Terlanjur

Karpal Singh sekali lagi "terlanjur" kata apabila menyebut bahawa Lim Guang Eng adalah PM.

Bagi PKR, tentulah mereka mahu katakan ianya adalah keterlanjuran kata oleh Karpal, yang sebelum ini pernah juga "terlanjur" berkata Anwar Perlu Bertaubat.

Secara logiknya, pernahkan Karpal Singh tersilap cakap, apatah lagi soal soal penting seperti calon PM. Kalau Karpal boleh tersilap cakap dalam hal sepenting ini, mana mungkin beliau kekal sebagai peguam terkemuka selama beberapa dekad?

Banyak kali juga Karpal "tersilap"mengherdik PAS dalam cita cita hudud parti yang mengaku paling Islam itu. Walaupun Pas telah berjanji tidak melaksanakan hudud dalam perjanjian pakatan rakyat, itu tidak menghalang Karpal menjentik telur PAS dalam soal hudud setiap kali Parti Mengaku Paling Islam itu baru hendak buka mulut.

Apabila tidak tahan dijentik Karpal, PAS akan melepaskan senaknya dengan memarahi Umno. Itulah Karpal, Jadi senjata DAP supaya parti itu tidak dikatakan Chauvinis apabila menghentam atau memberi amaran kepada Pas atau PKR.

Agak menghairankan, apabila PAS dan PKR tidak langsung sedar bahawa Karpal sentiasa digunakan Guan Eng untuk mengugut parti itu bagi kepentingan Dinasty Lim dan Kroni. Agaknya sebab kedua-dua biji mata hanya dihalakan kepada Umno untuk mencari sebarang silap dan salah, maka apa sahaja dibuat DAP akan diangguk saja oleh PAS dan PKR.

Ini serupa dengan cerita Ketam Melayu, ketam Cina. Bangsa lain nak buat apa pun apa peduli, malah kalau nak dari PM bukan Melayu pun apa salahnya,,, asalkan bukan UMNO.

Terlanjur Karpal bukan sebarang terlanjur, terlanjur ada makna tu. Melayu mau ingat la...jangan mudah lupa.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates