Sabtu, 26 Mei 2012

Lidahnya yang senatiasa bercabang

Kedah Times ingin mengajak pembaca sekelian untuk berfikir dan melihat sendiri betapa lidah bercabangnya Tok Guru lantikan PAS ini.

Jika beliau seorang Tok Guru atau pemimpin agama yang baik dan ingin melihat umat Islam bersatu dan menyelesaikan masaalah dengan cara baik, sudah tentu beliau tetap dengan pendirian asalnya untuk bermuzakarah.

Dengan kafir sanggup, tapi sesama
Islam tidak mahu.
Bila sahutan bermuzakarah diterima, beliau meletakkan syarat pula. Bila Presiden parti kata itu hanya pandangan pihak syura dan bukan parti, maka terus beliau tarik balik tawaran untuk bermuzakarah.

Ulama apakah ini? Ulama jadian? Ulama jahat seperti yang sering disebut dalam Quran dan sebagainya?

Kita fikirkan dengan mendalam apakah ini sifat ilmuan Islam yang tidak ingin melihat umat Islam bersatu dan bersama dalam menghadapi isu-isu semasa yang mencabar.


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan pendirian Pas Pusat yang memutuskan tidak akan bermuzakarah dengan Umno.


Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak pandangan yang bercanggah.

"Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam," kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa  bersikap pintu terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno),” katanya.

Dua hari lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting  bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya.

Dua hari sebelum itu, Abdul Hadi mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat kecuali dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates