Jumaat, 25 Mei 2012

Khabar Angin yang menjadi HARAPAN


Kedah Times rasakan tidak salah jika khabar angin mengatakan yang Datuk Mukhriz bakal MB Kedah jika BN dapat merampas Kedah dari PR pada PRU13.

Tidak salah kerana harapan rakyat Kedah juga tinggi terhadap seorang pemimpin yang berkarisma dan amat didambakan oleh rakyat Kedah.

Kedah Times bukan nak membodek, tetapi ini adalah hakikat di akar umbi. Ramai mengharapkan seorang pemimpin muda berkarisma untuk membawa Kedah setaraf negeri-negeri maju lain di Malaysia.

Rakyat memerlukan seorang MB yang berjiwa rakyat dan dapat membangunkan Kedah.

Tidak salah jika khabar angin itu ditiupkan diseluruh Kedah kerana Datuk Mukhriz telah diberi masa 4 tahun untuk memperlajari apa yang patut untuk membantu negeri Kedah sebagai seorang Timbalan Menteri yang membuat 'MARKETING' untuk Malaysia.

Apa salahnya pengalaman itu digunakan untuk mempercepatkan pembangunan Kedah.

KEdah Times kata TIDAK SALAH jika khabar angin mengatakan sebegitu kerana HARAPAN di akar umbi amat tinggi kepada Datuk Mukhriz



Saya bakal MB Kedah hanya khabar angin, kata Mukhriz

25 Mei 2012

Datuk Mukhriz Tun Mahathir

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersedia untuk menyahut sebarang keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya tidak fikir ia sudah diputuskan sama ada saya bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)...dari segi persediaan, saya sudah umumkan bahawa saya tidak bermasalah dengan mana-mana keputusan.

"Sekiranya pucuk pimpinan BN berasa saya perlu kembali untuk bertanding kerusi DUN di Kedah, saya tidak bermasalah dengan itu. Sekiranya mereka kata saya perlu duduk di peringkat persekutuan, saya juga tidak bermasalah.

"Secara alternatif, sekiranya mereka berkata saya tidak akan bertanding sama sekali, ia juga OK dengan saya," katanya.

Masa depan saya terletak sama sekali di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah program keusahawanan sempena Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.

"Saya seorang ahli parti terlebih dahulu...jadi saya akan ikut arahan," kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya, beliau percaya perdana menteri menerima banyak input sama ada seseorang calon itu boleh menang atau sebaliknya.

Mengulas spekulasi bahawa beliau akan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya BN merampas semula negeri itu pada PRU ke-13, seperti dilaporkan oleh media, Mukhriz berkata, ia hanya khabar angin.

"Ia berupa spekulasi semata-mata dan juga terlalu awal. Soal pelantikan menteri besar hanya boleh ditentukan selepas pilihan raya," jelasnya.

Media memetik seorang sumber dalaman parti sebagai berkata Mukhriz dipercayai merupakan calon terbaik untuk jawatan menteri besar kerana beliau popular di kalangan pengundi berusia bawah 50 tahun.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, kajian terbaru menunjukkan faktor belia bukan menjadi kriteria utama untuk dipilih sebagai calon.

Katanya, pengundi muda inginkan calon yang mempunyai kriteria mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah mereka sama ada di bandar atau kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, katanya pembangkang tidak boleh lagi memerintah kerajaan negeri Kedah dan mereka tidak menyelesaikan semua masalah malah menimbulkan
lebih banyak masalah. - Bernama



2 comments:

Drebar Lori Hantu berkata...

ok cantik sangat lah tu.
sebenarnya tua dan muda mahu mukriz mb kedah.
zaman tranformasi yg dato najib laung tu tak pakai dah sijil LCE atau SPM nak jadi mb.

siapa nak jadi mb kedah pun bagi lah smart sikit dari segi akedemik,imej dsbnya.

UMNO kedah kena calon bersih drp segala isu maksiat dalam negeri dan luar negeri.

kalau silap calon kotok dgn mukriz sekali hanyut.umno kedah akan puteh mata.kalah lagi.

calon adalah faktor utama.umno bagus.tapi pemimpin tak bagus.ramai rasuah politik wang.

selamatkan umno drp segala kekotoran.

Tanpa Nama berkata...

Dato Mukhriz tak buleh... dia lembut dok di federal ok la cuba tengok bagi dia handle Bhg Sg Petani jadi apa? masalah tak gak selesai itu baru Bahagian Sg Petani ini pulak nak bagi tadbir negeri huh... kecik anak ka warlord warlord yang dok ada lari malam kot. Kedah ni MB dia kena berani dan tegas

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates