Selasa, 1 Mei 2012

Komen Serkap jarang


Oleh : Raja Bersiung

Assalamualaikum,

Lama rasanya Raja Bersiung tidak menulis. Sibuk tetapi agak aktif dalam facebook. Tapi bila terbaca artikel Kedah Times bertajuk 'Musuh Dalam Selimut', terdetik dihati nak tulis dan kemon terhadap komen-komen yang diberikan.

Raja nak bagi beberapa pepatah yang sesuai dengan apa yang bakal Raja coretkan. Musang berbulu ayam, harapkan pagar.. pagar makan padi, serkap jarang, sapa makan cili dia terasa pedasnya, orang buta cuba nak 'describe' bentuk seekor gajah, gunting dalam lipatan dan banyak lagi.

Seterusnya mari kita jawab komen-komen yang diberikan pelawat.

SELASA, MEI 01, 2012 3:29:00 PM  
Tanpa Nama berkata...

Jadi, moral of the story hangpa nak bagitau yang UMNO kena percaya kat hangpa la. Jadi semua peruntukan hangpa boleh balas. Hangpa la punca orang-orang UMNO dan orang2 atas pagaq benci kat UMNO. Kalau Tok Mukhriz dan Tok Mokhzani mai hangpa kepung depa dari orang UMNO. Bukan orang UMNO tak tau yang hangpa dok balas duit dari depa. Rugi gila UMNO simpan orang macam hangpa. Hangpa la sebenaq-benarnya musuh dalam selimut bagi UMNO, orang boleh tak mengundi UMNO sebab dendam dengan perangai hangpa saja....Bodoh!!!

Raja : Jawapan orang tersangat marah. Heheh mungkin dia makan cili kot, tu la dia rasa pedasnya. Raja tahu mereka-mereka yang berada bersama Kedah Times bukan memegang apa-apa jawatan dalam UMNO.

Heheh jawapan pun dah jadi macam Anwar Ibrahim punya stail. Semua salah UMNO, bukan dia yang salah. 

Bila rakyat marah UMNO kerana pemimpin-pemimpin mereka, si pengkomen macam tak mengaku sebaliknya tuduh geng Kedah Times yang seolah-olah sangat berkuasa dalam UMNO. hahah Raja rasa puak-puak Kedah Times ni habuk pun tarak dalam UMNO. Depa tak kisah pun semua tu. Tak percaya jumpa depa dan tanya depan-depan. Jangan serkap jarang ... ini perangai Anwar Ibrahim!



Hangpa kenai ka sapa puak Kedah Times ni? Hang dok tengok depa kepung Datuk Mukhriz dan Mokhzani setiap kali depa balik mai Kedah ka? hahah Gelak aku cara hang komen. Yang dok kepung Datuk Mukhriz dan Mokhzani tu ketua-ketua UMNO yang buat orang atas bawahan UMNO dan atas pagar benci! Itu hakikatnya. Baca petikan snippet ni tentang Kedah Times.

"Kedah Times adalah GROUP. Kedah Times terdiri dari professional yang bekerja dengan GLC, SLC, kerajaan dan sendiri. Ada yang menjadi developer, ada yang menjadi Pengarah di agensi kerajaan, ada yang menjadi pengurusan di GLC, ada yang menjadi broker saham, ada yang bekerja di Production line, ada yang bekerja di IPTA, ada yang bekerja di syarikat keselamatan dan ada yang berniaga sendiri.

Pelbagai! Itulah uniknya Kedah Times. Sebab itu kami tak perlu dibayar dan kami tak perlu bertuan. Kami juga tak perlu tonjolkan diri demi nama, wang atau pangkat."

Jadi bagi Kedah Times, Raja rasa depa tak perlu lah dok pi kepung kedua-dua pemimpin tersebut.  Buang masa jer .... Lebih baik depa pi buat kerja depa untuk sesuap nasi.

Sebut pasai musuh ni, hahah Group Kedah Times tak dak akses kepada UMNO negeri pun. Jadi macamana nak jadi musuh dalam selimut. Hahah Depa dok sibuk bekerja cari duit untuk kehidupan harian, mana ada masa nak pi korek rahsia UMNO.


SELASA, MEI 01, 2012 3:32:00 PM  
Tanpa Nama berkata...
Sapa makan cili dia tulah yang meleleh air liur sebab pedas..Tak dan apa-apa, cara jawab macam betul jer UMNO ada musuh dalam selimut kat sinun....

Raja :  Seperti ungkapan di atas, Raja setuju dengan komen tuan

SELASA, MEI 01, 2012 5:22:00 PM  
Tanpa Nama berkata...
Sembang macam haram. Konon hangpa ja la yang UMNO tulen, orang lain semua agen pembangkang. Dalam bahagian umno pun hangpa lawan tak penah-penah menang, tu yang hangpa dendam sangat kat orang umno. selagi umno tak perambat geng2 cikgu pencen dan askar pencen dalam umno selagi tu la umno tak boleh menang. Masuk akai dak geng2 cikgu dan askar pencen ni umno pi ambik jadi pemikir umno? hahaha gila punya keja.

Raja: Raja rasa Group Kedah Times tak pernah mengaku depa UMNO Tulen. Apa yang sering depa laungkan ialah Perjuangan Aliff Baa Taa. Banyak beza oooooo antara UMNO Tulen dengan perjuangan Alif Baa Taaa. Macam beza protes dan riot, atau beza berkuasa dengan Pekuasa! Kalau tak faham kena pi mengaji apa yang Raja maksudkan. kiki


SELASA, MEI 01, 2012 6:01:00 PM  
Tanpa Nama berkata...
Anon 03:32 p.m, puak2 yang ada dalam Kedah Times yang boleh pakai pun Dr Sobri Sudin saja, hat lain tu macam sial. Ada sorang tu pi koyak bendera BN masa pru 12 sebab tak puas hati kat ketua umno bahagian. Majlis dia pulak pi panggil wakil rakyat pas mai rasmi. Tapi dalam facebook yang bukan atas nama dia bukan main berani lagi kata orang coward la, bloody fool la, takdak teloq la. Kami panggil mai semuka one by one haram tak berani pun. Kalau dia berani masuk la umno balik, setakat berlakon konon orang kuat Tun Mahathir padahai Tun pun tak kenai dia, syok sendiri saja. Kecik2 tak nak mampuih tua2 menyusahkan umno ja. Selagi aku dalam umno, sampai kiamat aku akan pastikan pengkhianat tua nak mampuih tu tak akan boleh pegang apa2 jawatan pun dalam umno. Berani lawan la penggal depan.

Raja: Serkap jarang. Sobri Sudin bukan dalam Group Kedah Times. Kalau tak percaya pi tanya dia. Sobri Sudin pernah tulis yang dia sendiri tak kenal siapa Kedah Times. Dia ada sebut yang kumpulan ni berada di beberapa tempat. 

Lagi satu, nak kena perbetul la. Jika DUN tersebut dah pilih wakil PAS sebagai ADUN, maka kita kenala respek. Jangan jadi kera pegang pulut sudah la. Dok perasan UMNO memerintah, walhal negeri dah jadi hak orang lain. Kalau Raja buat program pun dan MB Azizan sudi mai, tarak masalah Raja akan terima kerana dia sekarang pemimpin utama Kedah. Nak jemput pemimpin UMNO, depa terlalu hebat sehingga ada program-program tertentu saja yang depa mau pi, yang tak standard bagi depa untuk hadir.

Hehehe, dulu ramai pemimpin besar UMNO bakar jambatan dengan UMNO. Kononnya tak akan berpatah arang dengan parti baru mereka. last-last apa jadi? Heheh jangan jadi perongois santa la tuan ...

Allah Maha Mengetahui, Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa. Apa saja boleh jadi oooooo.

SELASA, MEI 01, 2012 6:28:00 PM  
1 Melayu berkata...
Tanpa nama Selasa,Mei 01,2012,3:29:00 PM,rupa ruapnya memang benar ada musuh dalam selimut,mungkin yang kata KT kebas duit itulah orangnya yang kaki balas duit dan jual maklumat kepada musuh.Malangnya nasib UMNO.

Raja: 1Melayu, Raja rasa Kedah Times hanya bagi peringatan. Samada wujud atau tidak musuh dalam selimut itu,Wallahuaa'lam. Tapi kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Pihak disebelah sana sedang gelak seronok.

SELASA, MEI 01, 2012 6:41:00 PM  
Tanpa Nama berkata...
Macam ni la Bro Sudin, kami respect hang sebab hang antara sisa-sisa orang terpelajar yang masih tinggai dalam umno tapi hang pilih la orang-orang jernih sikit dok keliling hang. Ni hang ambik cikgu pencen, askar pencen, penganggur dan budak-budak yang dok melilau pekan keliling hang. Kawasan kampung hang boleh la tembuih tapi tempat2 educated memang tak boleh. Hang pun tau kan kalau orang2 terpelajar macam hang dok keliling hang depa tak akan jadi yes man, hang akan bercanggah pendapat dengan depa, tu biasa la bro sudin. Kalau hang dok ada belah kl, cuba hang tgk macam mana umno kl masuk belah bangsar, kelana jaya, mont kiara, pendekatan umno mmg 1st class.

Raja: Mungkin masih konpius ni. Sobri Sudin bukan Kedah Times. Kesian sama dia yang tiada kaitan tapi masih dok anggap dia yang tulis. 

Raja tak berapa setuju sebab dok kondem cikgu-cikgu pencen ni. Setahu Raja cikgu-cikgu nilah yang satu masa dulu sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan UMNO. Duit ringgit mereka sukarela keluarkan demi UMNO. Tapi sekarang terbalik, nampak macam pejuang hebat, rupanya tarak fulus kerja tak jalan. Nasib la UMNO kini.
Raja ada dengar cerita Sobri Sudin pada zaman Syed Razak dulu. Raja salute Syed Razak dan groupnya kerana UMNO memang hebat pada waktu itu. UMNO hilang kuasa pun waktu pemimpin yang rasa depa hebat. heheh

SELASA, MEI 01, 2012 7:34:00 PM  
Syburi Times berkata...
Heheh baru sikit jer ... tak panas ke?

Raja : Sapa makan cabai melaka, dia la rasa pedasnya. Bengang telinga wei

SELASA, MEI 01, 2012 8:15:00 PM  
Guru Pendidik Bangsa, Askar Benteng Negara berkata...
Apa masalahnya kalau yang bergelar cikgu pencen dengan askar pencen? Hina sangatka kerja guru dan askar? Kalau ya pun nak hina, fikir dulu kurang-kurang satu waktu dulu depa pernah berbudi pada manusia-manusia lain dengan mendidik dan jaga keamanan negara. Patutlah UMNO lingkup sebab ada dah puak yang dok label melabel punya akal tahap primitif. 

Saya juga bekas guru. Saya baca blog pembangkang mahupun yang pro kerajaan macam Kedahtimes. Cukup terasa bia disebut guru pencen. Hina sangat ker guru pencen? Ini bukan nak bagi orang sokong UMNO tetapi lagi benci pada UMNO sebab melabelkan certain people based by their profesion. Too idoit!

Raja: Jangan sesekali pelece guru-buru ni. Satu masa dulu guru adalah tonggak UMNO. Mereka berjuang bukan kerana wang ringgit tetapi kerana semangat. Tapi kini mereka disisihkan oleh pemain-pemain atau pencatur-pencatur kuasa dalam UMNO. Hang tarak duit tak layak bertanding atau sebagainya.

Raja Bersiung dah lama memerhati politik dalaman UMNO. Jika nak tulis, tiap-tiap hari pun tak kan habis. Dari pemilihan cawangan sampai kepada pemilihan G-7 pun Raja tahu. Kuasa dalam UMNO di bahagian dikawal rapi oleh orang-orang tertentu saja. Yang mana berpotensi disukai ahli dan naik akan dicantas awal-awal. UMNO di Bahagian hampir jadi 'sendirian berhad' punya.

Bila Kedah Times cuit sedikit saja, dah nampak sangat kegelabahan mereka. Benarlah, sapa makan cili dia la terasa pedasnya. Takkan Kedah Times atau Sobri Sudin. hahahah.

Tapi seperti Kedah Times, Raja bersetuju supaya UMNO lebih berhati-hati kerana yang kita nampak dengan mata kasar dan menyakinkan kita dari segi pertuturan mungkin musuh kita sebenar; walaupun Kedah Times kekadang mengkritik UMNO, tapi mungkin Kedah Times lebih menyayangi UMNO kerana perjuangan Aliff Baa taa nya.

Seperti Kedah Times, Raja nak berpesan kepada Perhubungan Negeri, berhati-hatilah. PRU semakin dekat, jangan berputih mata kelak. Musuh mungkin duduk disebelah kita. 


Kita boleh lihat contoh terbaik, akaun bank NFC Sdn Bhd pun boleh depa siarkan secara terbuka. Ini membawa maksud dalam bank atau bank negara tu juga ada musuh dalam selimut. 

Kalau tak dak musuh dalam selimut masakan semua butir-butir terperinci perbelanjaan PM pun boleh bocor. Inikan UMNO Kedah!
Mungkin satu hari nanti apabila Raja jumpa kembali tweet tentang ada maklumat keluar dari UMNO Kedah, boleh lah disiarkan. Maklumlah Raja dah tua, lupa. Lama tak pekena darah. hahaha.

M-16 yang Kedah Times gunakan baru hanya keluar sebiji peluru. Dan target pun hanya ke langit saja. Tapi nampaknya dah macam sasaran sudah terkena. hahah. Lepas peluru sebiji secara rambang pun dah kena. 

Bravooooo Kedah Times. Cuma Raja sedih kerana nampaknya ada orang yang rasa UMNO sudah tidak boleh ditegur atau diperingati.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

hahaha melenting... Group KT semua ok cuma hat broker saham tu yang terlebih umno dari umno tapi habuk pun tarak... sembang kemas, no ahli umno berapa? haaha profesional apa meniaga apa, jangan dok kelentong la. ooo hat lain jawab tapi hat bawak turun dan pi koyak bendera BN tak jawab. Ni la nama dia musuh dalam selimut. dia buat takpa, org lain tak buat pun dia dok syak org buat. ni la yang sebenaqnya perangai anwar ibrahim!!!

Tanpa Nama berkata...

Eleh, tarak fulus keje tak jalan...hahaha pencen tu bukan fulus? pencen tu daun kayu ka? Bengong...

Tanpa Nama berkata...

KT ni pun satu, tadi kata pemimpin umno dan ahli umno tak boleh ditegur tapi bila si pengkomen tegur KT tapi KT anggap hentam pulak. Takkan tak boleh beza antara hentam dan teguran? Macam protes dan riot la..haisshhhh...

Pemerhati Politik Kedah. berkata...

KT danRB.

Betoi dan setuju.Musuh dalam selimut atau selimut dalam musuh sudah lama ada.
Kadang-kadang belum jadi musuh lagi cuma musang berbulu ayam.
Pisau dalam lipatan pun banyak dalam UMNO.
Ini tak termasuk tikam dari belakang depan kiri dan kanan.

Pelakon cari makan pun ada juga.
Macamana UMNO tak jadi letih dan serabut.


Lihatlah dan buat kajianlah secara tekun.
Apa yang orang kuat UMNo buat sama ada dicawangan atau dibahagian.

Jentera pilihanraya mantap kah,kuat kah lengkap kah dah berjalankah.
UMNO Kedah tolong jawap.

MEdia masa sudah boleh diupah dan disuap untuk tokoh tertentu sahaja.
Ternyata di bumi nyata masih kosong.

Oleh itu sapa yg jadi musuh dalam poket.dsb nya.

PAS tak kuat .UMNO pun tak kuat.
PAS tak buat kerja.UMNO pun tak buat kerja.
PAS jadi kerajaan Kedah.UMNO macam tak jadi pembangkang.Lagak macam kerajaan juga.

Rentikan segera semua konflik.

Apa nak jadi dgn jentera pRU UMNO hanya depa sahajalah yg tahu.

Di akar umbi masih sunyi sepi.

Tanpa Nama berkata...

Enjin tak start lagi bro, sekali dah start kami potong tang kona la...rileks la bro....

1 Melayu berkata...

Tanpa Nama,dalam kumpulan KT bukan semuanya ahli UMNO,kami menulis dan membuat teguran kerana kami sayangkan UMNO,PARTI KERAMAT YANG TELAH BANYAK MEMBANTU MELAYU,kenapa ahli dan pemimpin UMNO tidak boleh ditegur ?

Tentang tuduhan Tanpa Nama yang seorang ahli kumpulan KT bawa turun dan koyak bendera BN,mohon nyatakan dengan jelas dan bersama bukti siapa orangnya dan bila serta dimana ianya berlaku . Jika benar tuduhan itu kami di KT akan ambil tindakan terhadap orang itu tetapi jika hanya ianya hanya sekadar dengar cakap atau 'hearsay'kami akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Tanpa Nama.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates