Khamis, 17 Mei 2012

KUIN Semakin Tenat


16 Mei 2012 - Seramai 150 orang kakitangan (lelaki & perempuan) Kolej Universiti Insaniah KUIN beramai-ramai telah mengadakan solat hajat bagi memohon agar kemelut dalaman yang melanda KUIN mutakhir ini dapat diselesaikan segera. Majlis solat hajat diadakan di surau KUIN, memohon agar Allah mmberikan ksejahteraan dalam krisis kewangan yang melanda KUIN dan semoga Allah memberikan kemudahan untuk pihak kakitangan KUIN mngemukakan beberapa tuntutan kepada pihak KUIN. Antara tuntutan itu ialah :

1. Tuntutan terhadap kenaikan gaji 13% yang ditangguhkan pihak LEMBAGA PENGARAH KUIN dengan alasan KUIN adalah swasta sedangkan pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan untuk Jabatan Perkhidmatan Awam JPA sahaja. Tuntutan dilakukan agar KUIN lbh telus dan jelas mengenai status dan tarikh pembayaran kenaikan 13% tersebut. Jika KUIN adalah adalah sebuah institusi swasta sebagaimana yang didakwa oleh pihak LEMBAGA PENGARAH, maka kakitangan akan menuntut untuk dinaikkan gaji mereka daripada 13% kepada 20%.

2. Bayaran balik yang tertunggak berbulan-bulan yang belum dibuat pembayaran kepada institusi kewangan, badan yg memberi pinjaman, insuran dan institusi pelaburan saham sedangkan pemotongan gaji telah dibuat oleh pihak KUIN terhadap gaji kakitangan yang terlibat.

Majlis solat hajat diadakan hasil kesepakatan kakitangan KUIN berikutan krisis kewangan yang serius yang melanda KUIN sejak kebelakangan ini hingga mnyebabkan kebajikan mereka terabai. Majlis sebelum itu diserikan dengan ceramah motivasi bertajuk JOM AMANAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh Ahmad Fisol b. Hj Omar Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu. 

Kedah Times : Terlalu banyak yang berkepentingan sendiri di dalam KUIN tu. Inilah jadinya

3 comments:

Pelabur Bijak berkata...

Ini adalah tempat menimba ILMU.
Jangan lah asyik berpoliti aje.

Apa pun. Hidup UMNO-BN !

Pelabur Bijak

Tanpa Nama berkata...

MEREKA HANYA BIJAK BERKATA-KATA TAPI HAKIKATNYA INILAH JADINYA. INSTITUSI YANG BN UMNO BANGUNKAN MENJADI KRITIKAL DI BAWAH KELOLAAN MEREKA. BANYAK LAGI CONTOH. RASANYA BODOHLAH RAKYAT KEDAH YANG MASIH MAHU KEKALKAN MEREKA DALAM PRU13. SAYA TANPA SEGAN SILU DAH JANJI AKAN PANGKAH BN TAK KIRA SIAPA CALONNYA.

Tanpa Nama berkata...

aku pun heran dengan malaun ni, xnk mengaku kelemahan sendiri, bongkak, sombong, riak, semua ada kat dia. nk keja ikut cara islam tapi dia tak ikut pun. dulu masa BN KUIN tak jadi macam ni, memang la ada masalah tapi tak la tenat macam ni. Kalau ikut cara Islam senang saja, tak tau tanya pada yang lebih arif, bermuzakarah. Tu baru betoi ikut cara Islam. Ni jenis keras kepala, sombong, bongkak, takbur, riak, cengil, tu yang lingkup habis tu. Habis jahanam apa yang orang dah buat, balak sapu habis, bolasepak lingkup terus, KUIN kacau bilau, pelaburan zero..Hang tak malu ka Pak Jan, tak dak satu pun yang hang buat nak bagi kami senang. Pemimpin Islam tak leh bohong, Lim Guan Eng takpa la, dia ti Cina DAPIG, kafir harbi, hang jangan dok ikut dia ostat ooiii..bengong tak habis-habis.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates