Ahad, 6 Mei 2012

Malaysiakini Laungkan Kebebasan Akhbar

Semalam adalah Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa. Sebuah akhbar internet paling tidak bebas iaitu Malaysiakini turut menyambutnya.  Turut menyambut hari tersebut dengan berpakaian serba hitam adalah wartawan-wartawan akhbar-akhbar pembangkang lain yang kebanyakannya dari kaum Cina.

Malaysiakini memang patut menyambut hari kebebasan akhbar, namun jika kebebasan akhbar hanya dikaitkan dengan segelintir wartawan yang cedera semasa perhimpunan Bersih lepas, maka wartawan Malaysiakini terserlah menjadi sebahagian daripada pecacai dan agen propaganda Zoinis untuk menyerang apa saja berkaitan establishment di Negara ini.

Apa tidaknya, sebagai wartawan, mustahil mereka begitu bodoh dan tidak sedar bahawa isu utama kebebasan akhbar adalah pemberitaan. Dan semua tahu pemberitaan Malaysiakini lah yang paling taat menyembah apa sahaja yang datang dari penaja zionis mereka. 

Sebaliknya mereka bercakap pasal kecederaan mereka diperhimpunan bersih semata-mata. Wartawan ini semua tahu bahawa walaupun tercalar sedikit sebanyak dalam keadaan kelam kabut, mereka tetap selamat. Sebab itulah mereka ini hanya berani di Malaysia, dan tidak berani mengikuti arwah Noramfaizul ke Mogadishu.

Gambaran dan penipuan oleh Malaysiakini bagitu konsisten, malah berita baik pun dipusing bagi membentuk persepsi buruk kepada kerajaan. Malah tidak seperti utusan yang menyiarkan wawancara dengan ramai pemimpin pembangkang, malaysiakini tidak pernah sekalipun menyiarkan kenyataan pemimpin negara secara verbatim, melainkan semuanya diputar.

Malah sambutan kebebasan akhbar itu sendiri juga tidak bebas bilamana mereka hanya membawa agenda zionis.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates