Khamis, 17 Mei 2012

Pas Sudah Terbabas Dan Perlu Kembali Kepangkal Jalan - Harussani

PAS sudah terbabas dan perlu ke pangkal jalan - Harussani

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.

Ibrahim berkata, sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Harussani juga menggesa ahli dan penyokong PAS, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.

“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.

Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan BERSIH 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam.

“Al-Quran dan hadis menjelaskan mengenai larangan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran. Dataran Merdeka diletakkan di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan dan adalah haram menceroboh kawasan itu.

Demonstrasi BERSIH 3.0 juga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan orang ramai. Malah, niat hendak menjatuhkan kerajaan juga menjadikan demonstrasi itu haram untuk disertai.

“Dalam Islam tidak boleh menjatuhkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan diperintah oleh pemimpin Islam yang fasik selagi pemerintah menjaga kebajikan umat Islam,” katanya.

Harussani yang berada di Institut Jantung Negara (IJN) ketika keputusan mengharamkan Bersih 3.0 dibuat, yakin jika tidak dikawal, demonstrasi itu akan menjadi ‘bugah’ atau pemberontakan melampau yang menghancurkan negara, sekali gus membolehkan pemberontak dihukum bunuh.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas kenyataan perjuangan PAS menyimpang, selain menyalahgunakan Islam, berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang sangsi dengan perjuangan mereka.

“PAS menjamin konsisten dengan Islam dan Majlis Syura Ulama yang memelihara perjalanan PAS mengikut perlembagaan parti,” katanya.

Di MELAKA TENGAH, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi haram bertentangan dengan ajaran Islam yang mengajak orang ramai kepada kebaikan.

Beliau mendakwa, pada zaman Rasulullah SAW, Saidina Umar Al-Khattab pernah berdemonstrasi bersama umat Islam lain dengan berjalan dari rumah seorang daripada sahabat baginda menuju Baitullah bagi menentang penindasan dilakukan kafir Quraisy terhadap mereka.

1 comments:

FuCK, PUKimaK Blogger UMNO berkata...

JAKIM Bersama UMNO - Gandingan Mantap MEDIA PRIMA dan UTUSAN PORNO membuahkan hasil. Lihat sendiri BUKTI 'Transformasi Besar Kpd Generasi Muda' telah berjaya!

Usaha Berkesan TV3
1~BUKTI 1 * (HOT)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)

Usaha Berkesan Utusan Malaysia
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3


Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates