Khamis, 10 Mei 2012

PAS TETAP ROBOH MADRASAH SALIHIAH - KENYATAAN HALF PAST SIX DARI MB KEDAH


1. MB Kedah yang terkenal dengan suka cakap sbelum berfikir telah membuat kenyataan yang menghina Mahkamah Tinggi Alor Star. Beliau berkata kerja-kerja merobohkan madrasah itu kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan secepat mungkin meskipun KES berkenaan dibicarakan di mahkamah. Ini kerana dakwa beliau, permohonan injunksi yang difailkan itu bukan untuk menghalang madrasah itu dirobohkan tetapi disebabkan mereka tidak bersetuju mengenai cara penjualan tapak premis tersebut. Dalam mahkamah sedang bicara pun kita boleh buat sebab mereka bukan minta ijunksi menghalang kerja meroboh.

2. Persoalanya ialah kenapa MB Azizan Razak terlalu ghairah untuk meroboh rumah ibadat orang Islam yang di bina sekian lama melebihi 100 tahun dan mendapat kebenaran Majlis Agama Islam tetapi memejam mata terhadap beratus ratus kuil dan tokong haram yang ada diseluruh negeri Kedah? Jawapanya mudah dan semua orang tahu ialah WANG !

3. Adakah MB Azizan baca habis habis writ saman oleh AJK madrasah, PERKARA (b) writ saman jelas menyatakan saman injunksi bertujuan menghalang bangunan madrasah dirobohkan dan selain itu AJK minta tanah dikembalikan, AJK Madrasah juga mempertikai cara pengambilan tanah dibuat dan memohon ganti rugi.

4. Keputusan penghakiman akan dibuat pada 4 Jun 2012 jam 9 pagi. Ini bermakna MB Azizan telah mendahului penghakiman mahkamah dan tidak menghormati Hakim serta mahkamah. MB Azizan sebagai seorang Islam yang berpendidikan dalam bidang agama perlu ingat Peristiwa Memali, mahukah beliau melihat kejadian buruk pertumpuhan darah seperti di Memali berulang di Kedah ?

1Melayu

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

sikit2 half past six half past six...gunalah perkataan lain..meluat la dengaq, macam baru blajaq english ja...

Kamal Sanusi berkata...

Just wonder whether the author really understand the meaning of half past six.

When all medias have been controlled by KERAjaan, you will not be able to see how many suraus, houses being demolished in BN controlled states. All such news being blacked-out. DOn't forget there are many more source of information other than MSM.

After so many years BN cannot do anything on Plaza Tunku Yaakob, it take only countless years for PAS to redevelop the said building. Jealous of what? or no chance to make money out of it?

I would invite you to see the impact of development plan by Federal Gomen on Pantai Cenang and study where Malays gonna be after that? Don't you wanna fight against it?

Please don't use Google translate to read my comment, heeheeeheeee....

Tanpa Nama berkata...

Tu la, meluat betoi aku. Semua orang half past six.Nazri Aziz half past six, Rais Yatim half past six, Majlis Peguam half past six, habih tu hang? half pork six? hahaha tara buleh satu-satu perkataan dia lenjan la tak kira...hehe

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates