Jumaat, 25 Mei 2012

PM Bukan Islam

Kedah Times ingin mengajak umat Melayu/Islam dari kalangan PAS dan PKR, apakah kita semua sanggup menerima apa yang diperjuangkan oleh Karpal Singh dan DAP?

Apakah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi sudi menerima Kafir menjadi PM?

Kedah Times nak tanya penyokong PAS dan PKR yang beragama Islam, apakah Islam akan dipelihara dengan sewajarnya apabila PM Malaysia adalah kafir?
Lihat saja di Pulau Pinang, Islam dipermainkan dengan azannya dipertikai, jk masjid dijadikan medan politik
 dan pelbagai lagi isu berkaitan Islam dibiarkan begitu saja.

Kita fikirlah bersama dan kalau masih buntu buat sembahyang hajat mohon Allah SWT bantu dalam pencarian kebenaran kita. Buang emosi benci dan dendam.



Orang Melayu patut sensitif kenyataan Karpal, kata Mufti Perlis

25 Mei 2012

KANGAR - Orang Melayu sepatutnya sensitif terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang ingin terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap orang Melayu bersatu padu dan tidak bersifat melampau dalam politik sehingga merugikan bangsa dan agama.
Ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata, Umno dan Pas sepatutnya memikirkan ke arah perpaduan termasuk melalui muzakarah.

"Kita tak sebut Pas dan Umno perlu bersatu tetapi jajaran masing-masing perlu diperbetulkan," katanya sebagai mengulas perkara itu.

Menurutnya, perpaduan melalui muzakarah tidak akan dicapai jika ada pihak yang meletakkan syarat untuk menjayakannya.

Juanda bimbang bencana akan menimpa orang Melayu dan Islam jika perkara yang boleh membawa kebaikan dipersukarkan. - Bernama

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

singh ni dikatakan sebagai peguam handal sangat. tapi macam tak faham pulak kandungan perlembagaan negara ni. ate, kalu dah nak juga bukan melayu-islam jadi PM buat ler, kalu nak tahu langit tinggi rendah. buat. buat. buat.buat.. nak tengok.!!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates