Jumaat, 11 Mei 2012

Siapa Nik Aziz Berbanding Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa?


Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, “…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.”

Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah. 

Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat.

Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS.  

Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH? 

Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya.  Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa. 


Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak.  Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa. 

Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri. 

Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti.   Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS. 

Nik Aziz harus sedar bahawa di luar ‘dunia PAS’ yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik.  Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali. 
Oleh itu, janganlah Nik Aziz menganggap Ulama-ulama lain juga sepertinya. 

Ulama lain, seperti mereka yang menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengubah atau memanipulasi hukum hakam dalam Islam demi kepentingan sesiapa.  Mereka bekerja kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin ke Putrajaya.  Dan Nik Aziz tiada hak mahupun kredibiliti untuk mempertikai cara mereka bekerja dan mengeluarkan fatwa. 

Nik Aziz sebenarnya yang patut belajar mengkaji bukan sahaja mengenai BERSIH dan tuntutannya tetapi juga mengenai agama Islam itu sendiri.  Kita bimbang kalau-kalau Nik Aziz terlepas pandang akan peringatan Allah S.W.T mengenai Ulama jahat di akhir zaman yang amat menepati sifat dirinya.   

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

perbuatan nik ajis lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. aku mengakui ketinggian ilmu agama nik ajis.. sebagai seorang yang berpengathuan agama perbuatan mempertikaikan majlis fatwa kebangsaan adalah tidak digalakan didalam islam malah boleh menjadi tidak dibenarkan demi kemasalahat umum. walaupun nik ajis sekali pun tidak bersetuju pada pandangan majlis fatwa kebangsaan maka tidaklah boleh menyuarakan pandangannya pada masyarakat awam yang mana boleh menimbulkan lebih banyak pepecahan didalam masyarakat islam kerana majlis fatwa kebangsaan bukanlah badan politik seperti umno, pas dan pkr kerana ianya adalah badan bebas terletak dibawah ketua negara iaitu duli yang maha mulia sri paduka Yang Di Pertuan Agong.Mampukah nik ajis menanggung dosa masyarakat yang terpengaruh drngan kata-katanya yang bersalahan dengan majlis fatwa sedangkan sebagai rakyat yang telah dididik dengan islam ketaatan pada pemerintah itu adalah wajib selagi ianya tidak menyuruh kita melakukan kemungkaran. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz dah sesat

Tanpa Nama berkata...

Tok Guru saja..tapi masih ada sifat angkuh, riak,sombong, ketegar x mau terima pendapat oghang..macam ni ka tok guru...pikiar la sendiri

Tanpa Nama berkata...

Tok Guru saja..tapi masih ada sifat angkuh, riak,sombong, ketegar x mau terima pendapat oghang..macam ni ka tok guru...pikiar la sendiri

Tanpa Nama berkata...

aku pun heran dengan dia ni, semua orang buat tak betul, kalau dia buat semua betul. Akidah Umat Islam kat Malaysia ni dah jadi kacau bilau dengan kenyataan pelik tok guru ni. Sudah-sudah la tok guru oii..dok putar belit buat apa, hebat sangat ka mu sampai fatwa majlis Fatwa pun mu kata tak betul.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates