Rabu, 9 Mei 2012

Suara Rakyat...Poodah

Melihat perkembangan politik di tanah air ketika ini, terlalu banyak isu isu yang dicetuskan, yang menaikkan suhu politik sepanjang masa.

Namun jika dibuat cerapan isu, kekalutan ini datang dari hanya beberapa kerat manusia yang kerja mereka memperlekeh pemerintah secara berterusan.


Antara manusia yang begitu istiqamah membuat kecoh dan menjadikan isu dari apa saja adalah Anwar Ibrahim, Ambiga, Rafizi, Irene Fernadez dan kelompok mereka ini sahaja.

Hanya beberapa kerat ini yang begitu kuat bersuara, dan kemudian menamakan kononnya ia adakah kehendak rakyat.

Sedangkan jika kita lihat, bukan setakat mereka tidak layak mewakili rakyat, malah dalam pertubuhan dan parti mereka juga, mereka tidak memegang jawatan melalui pemilihan oleh ahliparti.

Malah ada pertubuhan yang kononnya mereka wakili adalah pertubuhan haram dan tidak ada permohonan untuk pendaftaran sekalipun.

Tapi mereka inilah yang tiap hari bersuara seolah olah mereka dipilih mewakili rakyat, kononnya merekalah yang tahu bagaimana memerintah negara, merekalah suara rakyat. Ironiknya, parti dan pertubuhan mereka sendiri koyak rabak, dengan kecelaruan keahlian, pemilihan melalui kerusi yang berterbangan serta laporan dan protes ahli yang tidak pernah dilayan.

Rakyat perlu bangkit dan menutup mulut mereka ini dengan menunjukkan sokongan besar terhadap BN pada PRU 13 nanti, agar suara sebenar rakyat tidak dicuri oleh kelompok Anwar-Ambiga-Irene.

Sokongan lemah kepada BN pada 2008, tidak hanya berjaya menjatuhkan Paklah, tetapi juga membuka mulut puak anti Islam seluas luasnya. Ini semua perlu ditampal pada PRU13 nanti.

Say no to Pakatan Haram.

1 comments:

Kopiah Melayu berkata...

KT.

kita amalkan demokrasi berparlimen dgn adakan pilihanraya ikut tempohnya.
2.sebenarnya rakyat memerlukan suara mereka yang amat lantang dan berkesan sekali.kalau tidak kerajaan buat ringan sahaja segala isu rakyat.
3.apa yg kerajaan buat kini kerana suara pembangkang kuat dan hebat.kalau tidak pemimpin kerajaan asyik pentingkan projek dan buat harta mereka sahaja untuk menjadi kaya raya.
4.sebab itu umno tabur duit cari jawatan sebagai laluan mudah jadi kaya raya.

5.mereka layak jadi wakil kepada suara rakyat walaupun mereka bukan wakil rakyat yg jadi YB.
Kadang-kadang Yang Berhormat kita pun cari projek sahaja drp jaga masaalah rakyat.Talipon pun tak jawab.Nak jumpa pun payah.Kena hambat merata baru jumpa.Bila terjumpa bagi alasan kata amat sebok pula mesyuarat sana sini.

6.BN memang bagus dan terbaik.Pembangkang macam Anuar,Ambiga dsb nya diperlukan juga untuk menyalurkan suara rakyat.

7,Pemimpin kerajaan BN ramai sangat orang sudah tawar hati kerana ego.lagak dan ranggi .

8.Nasib baik ada pembangkang yg kuat dan berkesan.Inilah satu perseimbangan yang baik.Zaman sekarang bukan lagi zaman YES Tuan/Yes Dato/Yes Sir.

Terima kasih Dato Najib.
Terima kasih Anwar Ibrahim.
Terima kasih semua pemimpin kerajaan dan ppembangkang kerana bersuara dan berhidmat untuk rakyat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates