Jumaat, 18 Mei 2012

Video Seks: Kenapa Takut Sangat Nak Buat Laporan Polis?


ADA hikmahnya juga dari terbongkarnya banyak kes-kes salah laku seks melibatkan pemimpin pembangkang tertentu kebelakangan ini, terutama yang membabitkan Timbalan Presiden PKR sekarang, Azmin Ali.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Azmin ini pada penulis sangat berat kerana melibatkan maruah dan intergriti sebagai pemimpin politik.  Justifikasi bagi menyokong tuduhan tersebut juga lengkap (ada gambar dan video).  Semua ini memerlukan satu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berwajib bagi menentukan pihak mana yang salah, pihak mana yang benar.

Azmin dari segi perundangannya patut membersihkan diri dari semua dakwaan tersebut, bermula dengan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.  Tapi kenapa Azmin sampai sekarang enggan buat laporan polis?  Itu yang ramai dari kita musykilkan.

Nak kata Azmin tak tahu? Mustahil. Nak kata Azmin tak diberi nasihat perundangan secukupnya? Tak mungkin. Ada segerombolan besar peguam disekeliling Azmin, yang bersedia pada bila-bila masa membelanya di mahakmah tanpa bayaran (pro bono), atau dibayar tapi menggunakan wang rakyat Selangor – seperti kes ADUN Seri Muda kerana menghina Sultan Selangor.
Yang kita cakap ini, laporan polis sahaja pun, bukan teknikal mana sangat.  Kata tak terlibatkan, jadi apa yang susah sangat nak buat laporan polis.

Alasan penyokong Azmin seperti Shamsul Iskandar dan Zuraida Kamarudin bahawa tidak guna membuat laporan polis kerana akhirnya akan menerima nasib seperti Anwar dalam kes video lucah dengan seorang pelacur dari cina, tidak boleh diterima sama sekali.  

Dalam kes Anwar, laporan polis yang dibuatnya berjaya menyebabkan pelaku yang menayangkan video tersebut dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman.  Tindakan perundangan yang bakal dikenakan Anwar pula kerana dalam laporan polis sama, dia menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam rakaman tersebut, sedangkan kajian pakar menunjukkan 99.9% dialah lelaki itu. 

Ringkasnya, Anwar buat laporan palsu, nafi kata pelaku itu dia sedangkan kajian pakar menunjukkan sebaliknya.  Adakah Azmin juga berada dalam situasi sama sehinggakan dia takut untuk membuat laporan polis tersebut?

Apa sekalipun, selepas ini Azmin jangan salahkan masyarakat kalau keengganan membuat laporan polis ini dianggap membuktikan semua tuduhan ke atas Azmin itu adalah benar belaka.  Yang dia memang individu lelaki yang didakwa sedang melakukan aktiviti kelucahan melampau dengan seorang wanita dalam video tersebut.  Enggan buat laporan polis sebab takut polis siasat dan jumpa kebenaran.

Itu saja alasan yang terfikir oleh penulis kenapa Azmin enggan buat laporan polis, setelah alasan takut menerima nasib seperti Anwar itu, tidak boleh diterima langsung.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates