Ahad, 3 Jun 2012

Ada Polis ka dalam Himpuan Hijau


Kedah Times terkejut melihat banner-banner yang direntang di merata tempat kerana ada gambar seseorang berpakaian seragam Polis.

Kenapa boleh jadi sebegini. Anggapan orang yang mungkin polis juga terlibat dalam Himpunan ini.

Mungkin PAS sengaja meletakkan gambar berpakaian seragam polis tersebut supaya orang ramai merasakan yang polis juga terlibat sama dalam perhimpunan tersebut. Ini bakal menutup perbuatan-perbuatan penyokong-penyokong PAS yang selama ini mengutuk, mengeji, memaki dan sebagainya terhadap pasukan keselamatan tersebut.

Apakah pihak Polis Kedah tidak menyedari akan kewujudan gambar tersebut? Kedah Times dapati satu banner di jalan Langgar telah dipadam gamber tersebut dengan cat hitam.

Walaubagaimanapun, tindakan meletakkan gambar polis berpakaian seragam dalam poster Himpunan boleh memburukkan imej Polis Kedah.


Mohon sesuatu dilakukan.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu redbox, mereka ni sebenarnya tidak tahu apa yang dicakapkan, macam orang dalam kebengongan, UMNO dan BN adalah contoh Kerajaan terbaik Malaysia yang perlu dikekalkan untuk PRU13 nanti, PR tunggu dululah mungkin PRU 130 nanti boleh lah kot. PR adalah pakatan haram yang tidak mempunyai halatuju yang jelas untuk memerintah Malaysia, mereka sekadar ingin memrintah dan mengecapi kemewahan yang telah disediakan oleh BN untuk mereka dan kroni sahaja, rakyat dikelirukan dengan berbagai bagai fitnah memburukan UMNO/BN supaya pengundi mengundi mereka. Tapi cuba tengok adalah mereka mempunyai perancangan masa depan untuk memakmurkan lagi ekonomi Malaysia, tiada bukan? apa yang di war warkan apabila memerintah sekiranya menang nanti( kononnya) akan berbelanja sahaja wang negara dengan berbagai janji2 mega. Tambahan pulak dalam 3 parti PAS PKR dan DAP, DAP akan dominan kerana mempunyai lebih kerusi, PAS dan PKR walaupun mempunyai ramai kerusi Melayu tapi sebab parti berbeza, jadi DAP akan meminta supaya PM akan dilantik dari parti tersebut, kerana ada Melayu DAP yang sanggup jadi sikitol zaman moden dan agenda pengkhianatan terhadap Kerajaan Melayu disebabkan kemewahan dunia yang mengelabukan mata mereka.

Tanpa Nama berkata...

Hangpa bukan penah pikiaq macam mana nak bagi orang melayu dan ahli umno bawahan keluaq dari miskin.hangpa kira dengan retorik dan tembolok hangpa saja. Mentang2 hangpa soru tak penah miss sebab ada pencen tetap bulan2. Leceh la hangpa ni, geng2 umno yang keja siang malam hidup merempat kat kanpung. senang lagi hidup ahli2 pas dan pkr padahai kami yang kempen kat depa sampai depa boleh dok dalam majlis tertinggi.

Tanpa Nama berkata...

Tergamak hangpa no biaq kami ahli-ahli umno kat bawah ni hidup merempat, hangpa seronok saja dok makan sedap-sedap kat majlis tok mokhzani la,tok latt la, tok mukhriz la, tok bashah la tapi kat kampung ni nak cari sesuap nasi kat anak bini kami sampai sekerat mampuih. Padahai kami ni dok dalam umno lama lagi dari hangpa. Tergamak hangpa no bila kami mintak tolong nak hidup tapi hangpa tuduh kami pemalas padahai kami keja siang malan cuma hangpa saja tak bagi peluang untuk kami. 4 tahun sekali hangpa mai la jenguk kami bagi 400 ringgit. Hangpa buat kami macam sampah betoi,mentang2 kami ni miskin. sampai hati hangpa ya!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates