Ahad, 3 Jun 2012

Ajaran Syurga Nik Aziz

Ini bukan Kedah Times kata tetapi Presiden PAS yang kata. Bahawa syurga adalah hak mutlak Allah. Dia saja yang boleh menjanjikan syurga kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Syurga bukan hak Nik Aziz untuk menentukan sesiapa yang layak masuk. Syurga hanya milik Allah SWT  dan diberi kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.
Jika Nik Aziz rasa beliau boleh dan layak menjanjikan syurga, maka syurga yang beliau janjikan itu adalah syurga Dajjal. Syurga yang disisi Allah adalah NerakaNya.

Jadi Nik Aziz layak digelar pembawa ajaran syaitan kerana menjanjikan syurga Dajjal kepada pengikutnya.


ALOR SETAR 1 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Menurut Abdul Hadi, Pas tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT.

"Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Khas Presiden Pas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia pada 26 Mei lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Abdul Hadi juga turut dilihat bercanggah pendapat dengan Nik Abdul Aziz dalam isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Ini jelas apabila pada sidang akhbar itu beliau menyatakan parti tersebut tetap mahukan orang Melayu beragama Islam menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


Sebelum ini Nik Abdul Aziz menegaskan, tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam.

Menurut Nik Abdul Aziz, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.

Bagaimanapun Abdul Hadi pula menegaskan, pemimpin yang bakal dilantik menyandang jawatan itu mesti individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya orang Melayu beragama Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.

"Kita berasaskan kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan.

"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu. Kita bergerak atas tapak itu, tak mahu gopoh," katanya.

Kenyataan beliau juga turut bercanggah dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Abdul Hadi seterusnya berkata, mengikut prinsip asas kepada amalan demokrasi ialah pemimpin bukan Islam tidak sesuai untuk memegang jawatan Perdana Menteri di negara ini yang majoriti penduduknya adalah Melayu beragama Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates