Khamis, 7 Jun 2012

Anwar Menjemput Bala Bila Menghasut Pelajar Tidak Bayar Pinjaman PTPTN


Pendedahan oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.
 Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Walhal Anwar lupa, Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya.
Mana logiknya untuk  Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Kontradik & memualkan sekali, tidak begitu?

Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat. 

Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan pembangkang sudah dianggap seperti gebang penjual ubat & makjun kesihatan di jalanan. Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.

Dari sudut lain pula, bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui, apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab? Walhal, jika PTPTN itu membebankan, lebih baik dari awal lagi dijauhi.
Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.

Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya, mereka akan bercakap perkara yang sama - hutang wajib dibayar. 

Waima kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri, mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar.

Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.

Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman. 

Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan pembangkang yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab.

1 comments:

Anak Lenggong berkata...

Tahniah kepada pengurusan PTPTN kerana membekukan permohonan pinjaman PTPTN kepada warga baru Unisel..supaya Nuar, Rafizi lembu dan kumpulannya tau langit tu tinggi ke rendah..jangan pandai menjual air liur je..sekarang tunaikan pemberian pengajian secara percuma dinegeri yang kalian perintah..kenapa perlu melompat menyalahkan orang lain..kalian juga yang menggunakan adam serta rakan2nya mahasiswa yang tak berapa pandai dok berlonggok lelaki pompuan kat dataran merdeka meminta supaya kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN…so pengurusan PTPTN dan laksanakan…cari laa sumber sendiri untuk membiayai pengajian warga Unisel baru tu..

Kepada warga baru Unisel..jangan dok tunggu buah yang tak mungkin gugur..so lebih baik cari tempat pengajian lain yang tidak dibekukan pinjaman wang PTPTN..jangan jadi bodoh dan biarkan diri dipergunakan oleh puak-puak ni sebab kebelakangan ni disetiap demontrasi jalanan..kebanyakan warga Unisel dikerah untuk menyertainya..kalian pergi Universiti untuk belajar dan menjadi harapan mak bapak..jangan biarkan diri dijadikan kuli batak dan pacacai untuk kepentingan peribadi manusia keparat..sebab tak guna menyesal dikemudian hari sekiranya berlaku sesuatu hal ..puak2 ni buat tak reti jee..

Nak bagi pendidikan percuma konon..
Sungguh manis, sungguh senang berjanji itu dan ini semata-mata untuk meraih undi. Gunung yang ada pun kalau dicangkul hari-hari akan menjadi rata, inikan pula hasil utama negara. Apakah dasar pemerintahan Anwar dan pembangkang mahu dengan mudah memperoleh dan membelanjakan hasil negara tanpa mengambil kira implikasinya?

Macam mana masa depan negara kalau berbelanja dengan tidak berhemah? Kalau bagi mereka memerintah, lima tahun lagi negara akan hancur dan kucar-kacir. Lihatlah apa yang sedang berlaku di negeri di bawah pemerintahan pembangkang, tidak nampak kemajuan. Air tak cukup, sampah tak dibuang, rumah untuk rakyat tidak dibina.

Pembangkang hanyut ke sana ke sini menabur janji, macam NATO (No Action Talk Only). Mana perginya janji dulu? Sekarang terus buat lagi pelbagai janji baru walaupun janji dulu masih belum nampak banyak ditunaikan di negeri di bawah pembangkang setelah lebih empat tahun memerintah.

Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang. Anwar berasal dari sana, menang di Parlimen Permatang Pauh, diperintah oleh pembangkang. Apa sumbangan dia kepada orang Melayu Pulau Pinang?

Kemajuan dan pembelaan kepada anak bangsa amat jauh sekali. Malah ramai orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke Sungai Petani dan negeri berdekatan kerana semua tahu sebabnya. Ini salah satu negeri yang di bawah pembangkang bersama Anwar yang tidak ambil kira kepentingan bangsa Melayu.

Kalau di Pulau Pinang yang dia menang pun Anwar tidak dapat berbuat apa-apa, inikan pula memerintah negara. Janganlah kata orang, kera di hutan disusui anak di rumah mati kelaparan.

Marilah kita sama-sama tanya apa yang telah Anwar lakukan untuk kebaikan dan pembinaan anak bangsa di kawasannya. Tak ada satu pun projek atau kejayaan yang dapat dibanggakan daripada dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu hingga sekarang. Yang ada hanyalah janji kosong. Yang dapat hanya kuncunya yang terus menyokong walaupun akan membawa rebah kelak.

Dalam kehidupan kita boleh tipu seorang dua, tetapi tidak boleh tipu semua orang.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates