Selasa, 5 Jun 2012

APA SALAHNYA BN UMUM JER

Dalam banyak hal, Kedah Times setuju dengan Datuk Mukhriz.

BN dan UMNO perlu bekerja keras untuk menawan kembali Kedah. Kemenangan majoriti dalam DUN diperlukan BN untuk merampas Kedah dari PR.

Pekerja-pekerja parti perlu lebih agresif dalam melaksanakan strategi yang dibuat demi mendapat semula mandat dari rakyat. Rakyat perlu diyakinkan akan kebolehan BN memerintah.


TETAPI jawatan MB Kedah juga menjadi sama pentingnya dengan kerja keras dan usaha semua peringkat. Pekerja-pekerja parti dan rakyat nak tahu siapa bakal menjadi Ketua nombor satu di Kedah.

Rakyat perlu diberi satu gambaran tentang bakal MB mereka jika BN menang. Gambaran bakal MB juga boleh memberi semangat tinggi kepada pekerja-pekerja parti.

Rakyat inginkan seorang yang terbukti berkebolehan dalam menerajui Negeri Kedah. Rakyat sangat dambakan seorang ikon.

Jadi Kedah Times sarankan APA SALAHNYA JIKA BN UMUMKAN SIAPA BAKAL MB KEDAH JIKA BN MENANG.

Semangat pekerja parti dan kemahuan rakyat perlu didahulukan! 



Jawatan MB: Tawan Kedah dulu, kata Mukhriz

26 Mei 2012

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
KUALA NERANG - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta agar khabar angin yang beliau akan menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dihentikan kerana ia terlalu awal untuk dikatakan.
   
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata BN perlu menang dahulu dalam PRU13 dan selepas itu baru boleh bercakap siapa yang akan menjadi Menteri Besar (MB).
   
"Tak guna kita cakap mengenai jawatan MB sekiranya BN belum lagi menang dan pilihan raya pun belum diadakan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Kedah 2012 di sini hari ini.
   
Khabar angin mengatakan bahawa Mukhriz akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU-3 dan jika BN menang beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar.
   
Beliau berkata untuk menang bukan seorang saja yang perlu menang tetapi memerlukan majoriti dalam kerusi DUN untuk mendirikan kerajaan di peringkat negeri.

Katanya, beliau bukanlah orang yang suka berebut jawatan serta tanggungjawab yang berat tetapi bersedia menerima apa saja keputusan pimpinan tertinggi.   

"Saya ni stail orang lama...tolak menolak. Bagi orang lain pi (naik) dulu la. Saya sanggup bantu di sebalik tabir. Tak kiralah apa pun tempat yang diletak oleh Perdana Menteri, yang itu saya terima.
   

"Jadi saya tak berharap sangat kerana orang yang berharap mudah kecewa. Jadi saya tak mau kecewa dan tak berharap. Tapi kalau dapat (jawatan) saya ingat boleh terasa beratnya tanggungjawab yang akan dipikul," katanya.
   
Mukhriz berkata soal sama ada calon Menteri Besar adalah dari golongan muda atau sebaliknya tidak perlu timbul kerana kajian mendapati kriteria yang paling penting untuk memilih pemimpin adalah soal mudah didekati.
   
"Contohnya kita tonjolkan seorang pemimpin muda tapi dia tak mudah didekati walaupun untuk masyarakat muda, jadi dia akan ditolak dalam pilihan raya kelak. Selain itu calon itu perlulah mampu selesai masalah kerana jika orang lama pun tapi mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah, dia pun mungkin akan
dipilih," katanya.   
   
Beliau berkata apa yang penting sekarang ini ialah BN perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalahkan parti lawan dan menawan semula Kedah.
   
"Dalam soal MB ni, tak perlu ditimbulkan kerana saya takut juga ada pihak yang menimbulkan agenda tersendiri, saja nak lagakan kita.
   
"Baru-baru ini pun ayah saya (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri pesan kepada kita supaya jangan cantas mencantas sesama kita. Jadi, bila dah timbul perkara-perkara seperti ini seolah-olah kemenangan itu dah ada dalam tangan kita. Itu belum tentu lagi... kena berusaha lebih banyak," katanya.  – Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates