Isnin, 18 Jun 2012

BUKTI PAS TOLAK ISLAM

Inilah buktinya PAS tidak pun berminat untuk melaksanakan Islam. Semasa mereka memerintah Perak, tiada agenda untuk Islam pun diletakkan oleh PAS walaupun wakil mereka memegang jawatan nombor satu di Perak.

Pelik bin ajaib apabila MB PAS sendiri bertanya tentang kewujudan agenda negara Islam dalam perlembagaan PAS sendiri. Malah menafikan sama sekali tentang agenda negara Islam diperjuangkan oleh PAS.

Maka Kedah Times tidak hairan jika Kelantang masih teraba-raba mencari apa itu negeri Islam. PAS Kelantan masih tidak tahu bagaimana bentuk sebuah negeri Islam.

Malah Perak sudah awal-awal lagi tidak meletakkan Islam sebagai agenda utama negeri Perak sebaliknya lebih banyak melaksanakan agenda DAP yang anti-Islam.

PAS perlu langkah mayat sahabat
baiknya dulu
DI Kedah, pemerintahan ala kadar PAS Kedah tidak langsung membawa agenda Islam. Hanya nama program ditukar menjadi ala-arab untuk menampakkan mereka laksanakan agenda Islam. Sebaliknya pusat-pusat hiburan tumbuh bagai cendawan. Terkini di Tesco Mergong tumbuh satu lagi pusat hiburan dengan membawa DJ dari Perancis kononnya untuk menghibur pelawat.

Maka yang sahnya PAS TIDAK langsung membawa agenda Islam. Mereka lebih kepada terikut-ikut agenda gila kuasa DAP dan PKR. Mereka lebih kepada ingin membalas dendam terhadap UMNO.

PAS bukan ISLAM dan ISLAM BUKAN PAS.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates