Sabtu, 9 Jun 2012

Dari Mana Phonm Penh Post Ini Datang?


ISU yang hebat dimainkan media pro pembangkang mutakhir ini ialah berkaitan dengan tulisan seorang wartawan Roger Mitton dari akhbar Phonm Penh Post berhubung skandal Scorpene dan pembunuhan Altantunya.

Naik muak pun ada bercakap benda yang hampir sama sejak 5 tahun lepas tapi memikirkan Hospital Bahagia belum ada ubat untuk mengatasi penyakit mental yang seumpama ini, maka jadi tanggungjawab penulislah untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang penipuan yang cuba disebarkan si benak-benak otak dalam Pakatan Rakyat ini.

Penulis suka nak memulakan tentang akhbar Phonm Penh Post ini.  

Phonm Penh Post adalah akhbar berbahasa Inggeris dari Kemboja atau dalam bahasa Inggerisnya Cambodia.  Cambodia pula adalah antara negara termiskin di Asia Tenggara, dan tidak pernah kita dengar Cambodia menjadi pusat  rujukan agensi-agensi berita terkemuka di dunia seperti Reuters, AFP dan sebagainya. Penulis dimaklumkan bahawa di Cambodia sendiri pun, Phonm Penh Post bukanlah akhbar yang terkenal seperti New Strait Times dan The Star disini, maklumlah, dengan kadar buta huruf yang tinggi, berapa kerat saja orang di Cambodia sana nak baca akhbar berbahasa Inggeris.

Tujuan penulis menyebutkan ini bukan dengan maksud menghina, tapi nak menggambarkan bahawa betapa kecilnya akhbar ini dibanding dengan agensi berita antarabangsa yang lain.

Jadi siapa Phnom Penh Post ini dan apa layaknya untuk bercakap tentang masalah di Malaysia, nak cakap pasal kapal selam?  Cambodia pun tak memiliki waima sebijik kapal selam untuk membolehkannya mengalami sendiri pengalaman membeli dan menguruskan peralatan ketenteraan tersebut dari perspektif yang betul.  Justeru, rujukannya penulis rasa lebih banyak dari apa yang dipapar dan ditulis di Internet semata-mata, bukan berdasarkan fakta sebenar.
Tidak hairan kenapa banyak fakta dalam artikel tersebut yang salah dan menyerong dari hal yang sebenarnya berlaku (atau yang sekurang-kurangnya kita tahu berlaku, berdasarkan laporan dari Mahkamah dan sebagainya).  Malah kalau boleh disebutkan disini sudah outdated.

Tapi semua itu nampaknya tidak menghalang balaci pembangkang untuk mensensasikan berita ini ke tahap tertinggi, atau tahap dewa mengikut bahasa yang biasa disebut.  Tidak pedulilah kalau berita itu betul atau tidak, asalkan ada kaitan dengan pembohongan yang rancak disensasikan mereka di negara ini, sudah cukup sesuai untuk dijadikan isu.

Ini bukan rendah lagi dah, tapi sudah ke tahap jatuh jauh ke bawah kualiti blogger dan facebooker pembangkang apabila berita dari sumber yang tidak kuat pun diangkat menjadi isu sensasi.  Kalau maklumat dalamnya itu benar, boleh tahan, ini banyak yang salah.

Contohnya dakwaan Altantunya pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib di Paris dan ‘komisen’ yang dibayar kepada Perimekar

Umum tahu, Datuk Seri Najib sudah 4 kali bersumpah tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan Altantunya (secara peribadi).  Sengaja disebutkan ‘secara peribadi’ disitu sebab penulis sendiri sudah beberapa kali berjumpa dengan Perdana Menteri – tidak bermaksud beliau mengenali penulis.  Begitu juga dengan Pakcik Hasan di Muar, Ah Lok di Kuala Lumpur dan Makcik Bedah di Kuching, kalau nak disebutkan ramai, beratus ribu kalau tak berjuta orang yang sudah berjumpa dengan Datuk Najib, tapi tak semuanya dikenali pemimpin nombor satu negara itu.

Sebagai orang Islam pula, tidak ada sebab kenapa penulis nak menolak pengakuan bersumpah Datuk Najib itu, lagipun selain ‘air liur’ adakah apa-apa sumber lagi yang boleh mengesahkan pertemuan tersebut?  Setakat gambar yang di super imposedkan itu tak payahlah, buang masa.

Kalau Roger Mitton dan Phonm Penh Post terlalu jahil untuk faham kepentingan disebalik sumpah, berlambak sumber di internet akan penafian Datuk Najib yang beliau pernah berjumpa dengan mendiang.  Itu pun sudah lebih dari cukup, tapi hairan, masih lagi menjadi bahan tulisannya.

Isu komisen ini juga sudah berulang kali disebut dalam persidangan Parlimen Malaysia dan disiarkan di media antarabangsa.  

Perimekar bukan orang tengah sehingga nak dibayar komisen, Perimekar adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan kepada operasi 2 buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia selama 6 tahun.  Termasuk kos latihan dan sara hidup anak-anak kapal serta keluarga mereka sepanjang beberapa tahun mereka berada di Perancis.

Jelasnya disini, Phonm Penh Post ini adalah akhbar picisan yang tidak dapat perhatian waima di Cambodia.  Orang Pakatan saja yang sibuk sebab ada isu yang boleh disensasikan disitu, dan ini bukanlah suatu yang mengejutkan.  Asas pertuduhan ke atas Datuk Najib dalam kes ini diketahui terlalu lemah, justeru apa pun yang boleh dikutip, akan dikutip mereka untuk dijadikan isu.

Phonm Penh Post tidak terkecuali.

Bahkan penulis pernah dimaklumkan seseorang, kalau di punggung lembu ada tertulis perkataan Najib & Altantunya, nescaya lembu itupun akan diangkat menjadi calon pilihanraya mewakili Pakatan Rakyat.  Penulis rasa orang itu melawak, tapi itu tidak mengepikan maksud sebenarnya, betapa bebalnya orang Pakatan Rakyat ini.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates