Sabtu, 2 Jun 2012

Himpunan 100K PAS: Penentu Arah Tuju PAS dan Nasib Azizan


Semalam, 1 Jun 2012, PAS mengadakan Himpunan 100,000 di Alor Setar, Kedah bermula pada jam 4.30 petang sehingga ke malam.  Antara aturcara yang diwar-warkan di internet ialah kemunculan penyanyi Aisyah dan pelawak Bob Lokman.   

Klik utk lihat. KERAHAN PAS
Mulanya program  ini disebut sebagai Himpunan Raksaksa, tetapi kemudiannya ditukar kepada Himpunan 100K PAS, pastinya setelah mereka kembali berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa percubaan menyaingi perhimpunan raksaksa ulangtahun ke-66 UMNO baru-baru ini adalah mustahil sama sekali.   Justeru, bagi mengelak malu, adalah lebih baik nama Himpunan ini ditukar sejak awal.  

Kebimbangan PAS sekiranya jumlah hadirin tidak menepati sasaran sememangnya berasas.  Ini kerana, program-program anjuran pakatan pembangkang akhir-akhir ini mengalami kemerosotan yang agak drastik dari segi jumlah hadirin.  Malah pemimpin ‘selebriti’ mereka seperti Anwar atau Mat Sabu juga gagal mengumpan hadirin.  

Ditambah dengan  pendedahan yang bertali arus mengenai salahlaku pemimpin mereka, pembangkang benar-benar tertekan sehingga memaksa ‘Ulama-ulama’ mereka mengeluarkan berbagai-bagai jenis fatwa sesat bagi menghalalkan atau menutup perbuatan tersebut.  Fatwa-fatwa sesat yang diharapkan dapat menyelamatkan mereka, nampaknya memakan diri sendiri apabila ia disangkal oleh Ulama-ulama tersohor termasuk Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram.  

Semua ini membuatkan moral penyokong-penyokong mereka jatuh dan tidak kurang juga yang mula menyimpan niat untuk tidak lagi menyokong PAS atau pembangkang dalam PRU yang akan datang.  
Justeru, Himpunan 100K ini diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk menghadapi pilihanraya ini.   Sama ada jumlah tersebut mampu dicapai, tidak dapat dipastikan.  Stadium Darul Aman mempunyai kapasiti penonton berjumlah 32,387 dengan semuanya berkerusi.  Ini bermakna ramai yang akan terpaksa duduk di lantai dan di tengah padang jika benar yang hadir ialah 100,000 orang.  

Setakat artikel ini ditulis, kelihatan 4 – 5 buah bas di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar.   Beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Alor Setar juga dilihat menerima ‘tetamu’ dalam jumlah satu-dua biji bas, yang mungkin berehat atau bermalam di situ semalam semata-mata untuk menghadiri himpunan ini.  

PAS telah menyebarkan risalah perhimpunan ini jauh lebih awal.  Masjid-masjid dan surau-surau juga rancak mempromosi program ini sejak ia mula diumumkan.  

Pada 12 Mei lalu, ketika Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah berkata, “Stadium kita punya, saya Pengerusi takut apa. Dulu kita buat ceramah belakang rumah kat kampung kita, depa halau macam samseng.  Sekarang kita pegang.”

Menurut Azizan, UMNO sekarang yang dalam keadaan bimbang untuk mengadakan Pilihanraya. 

Kita faham bahawa kenyataan Azizan di atas adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong yang semakin ‘cuak’ dengan perkembangan politik akhir-akhir ini.   Hakikatnya, Azizan tersangat  ‘cuak’ dan begitu juga pemimpin PAS secara keseluruhannya.   Jika tidak kerana bimbang atau ‘cuak’, tidak mungkin Hadi Awang akan mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini.  Desas-desus dari dalam PAS juga kedengaran bahawa Azizan juga belum tentu akan bertanding lagi kali ini.    
Hanya penyokong-penyokong yang sama bingung dengan Nik Aziz sahaja yang masih bermimpi konon PAS mampu ke Putrajaya dan duduk sama tinggi dengan Anwar ataupun Kit Siang.

PAS melihat Himpunan 100K ini sebagai kayu-ukur kekuatan parti amnya, dan Azizan khasnya, dalam menghadapi PRU yang akan datang.  Dengan isu-isu Negara Islam, Hudud dan Perdana Menteri bukan Melayu masih menjadi tanda-tanya, maka himpunan ini diharap dapat memberi jawapan kepada ke mana arah tuju PAS  dalam Pakatan Rakyat.  
Jika Himpunan ini gagal mencapai sasaran maka beberapa langkah drastik perlu dilakukan oleh PAS bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka.  Antara langkah tersebut juga mungkin termasuk pengunduran Azizan.

Justeru, Himpunan ini bukan sahaja menjadi penentu arah tuju PAS tetapi juga Azizan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

perhimpunan munafiqun bertaksubkan nik aziz kafir dan hadi bapa munafiq.
azizan mb muslim paling haramjadah kerana menjual tapak surau kepada cina kristian kafir laknatullah sekutu nik aziz

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates