Selasa, 5 Jun 2012

Kenapa Azmin Dan Isteri Tidak Isytihar Harta?


SEJAK Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan dokumen-dokumen rahsia, hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salah laku rasuah Azmin pada 1995, penulis lihat sedikit sahaja yang keluar dari mulut Azmin untuk mempertahankan dirinya.  Itupun kalau boleh dipanggil ‘keluar dari mulut’, sebab setakat yang nampak ini hanya mesej twitternya saja yang mewakilkan dirinya menafikan terlibat dalam soal tersebut.

Sama ada dia sendiri atau orang lain yang menulis mesej itu bagi pihaknya, tidaklah diketahui.

Tapi yang nyata, sekali lagi Azmin memilih jalan susah untuk menunjukkan dirinya bersalah.  Dalam soal seumpama ini, sepatutnya Azmin dan Shamsidar boleh cepat-cepat mengistiharkan hartanya sekeluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau benarlah tidak ada pendapatan luar biasa yang nak disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Apa yang susah sangat dengan isytihar harta?  Setakat jawab dalam twitter saja, mana cukup untuk menyakinkan rakyat.  Lagipun memang resmi manusia, mana pernah mengaku salah, apatah lagi salah jenis yang besar macam ini.  Rakyat perlu sesuatu yang lebih kukuh untuk percaya dengan penafian Azmin.

Penulis juga pelik bila Azmin memilih jalan berliku untuk mensucikan namanya bilamana jalan senang, mudah dan lapang sudah ada di depan mata.

Macam kes derhaka dengan ibunya jugalah, apa yang susah sangat pergi rumah orang tua itu, peluk cium ibunya dan kemudian ambil gambar besar-besar, nescaya selesailah masalah itu.  Kalau tak selesai dari segi hubungan anak beranak, sekurang-kurangnya rakyat yang dibawah ini boleh diyakinkan bahawa hubungan kedua mereka tidak ada masalah seperti yang digembar  gemburkan.

Tapi sehingga kini, Azmin masih gagal melakukan perkara semudah itu walaupun khabarnya, jarak rumahnya dengan ibunya tidaklah sampai sepelaung.  Malah Azmin juga adalah Ahli Parlimen dalam kawasan tersebut, kalau takpun, Azmin masih perlu round kawasan itu sebulan sekali untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.  Ambillah peluang untuk jumpa ibunya waktu itu, tapi itupun tak mampu dibuat.

Atau Azmin tak pernah round aka tak menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen?
Seseorang pernah memaklumkan kepada penulis bahawa Azmin ini orangnya sombong.  Dia rasa dirinya sudah terlalu kuat, lebih-lebih lagi sejak dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan Nasional 2010 yang penuh huru hara itu.  Mungkin kesombongan ‘dalaman’ Azmin ini terbawa-bawa diluar, dalam keadaan dimana dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun.

Bagi orang biasa yang tidak melakukan kesalahan, sedikit sebanyak terganggu juga kita bila dihadapkan dengan segala bukti yang menunjukkan ada benda salah yang kita pernah buat dulu, tapi dengan Azmin lain pulak fesyennya.  Nak kata rilek, tidak juga, tapi lebih dari itu dia kelihatan terlalu yakin, seolah-olah tidak akan ada satu pun tuduhan yang mampu mengaitkkannya dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa, tak kiralah sekuat mana pun buktinya.
Inilah yang berlaku kepada Azmin sekarang.

Tapi Azmin silap, dia fikir dia untouchable ka?  Kalau Anwar pegang jawatan tinggi dalam kerajaan macam dulu, mungkin ya, tapi keadaan sudah jauh berbeza.  Orang dah naik jelak dengan pelbagai tuduhan yang menjurus kepada salah guna kuasa dan korupsi yang membabitkan Azmin – lebih lagi bila semua tuduhan tersebut tidak dijawab olehnya

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates