Khamis, 14 Jun 2012

A KNIGHT IN SHINING ARMOUR


Kedah Times petik entri dari MummyRokiah tentang keadaan pemimpin UMNO di Kedah sekarang ini.

Dalam bebera hal Kedah Times bersetuju dengan MR. Terutama tentang 'winnable candidate' serta 'pemimpin berkebolehan' dalam berdebat atau melawan hujah-hujah yang dibawa kerajaan negeri. Kedah Times amat bersetuju kerana amat kurang sekali ADUN-ADUN pembangkang ini dapat berhujah dengan baik dan berfakta.

Perkara-perkara yang dibawa ke DUN kadang-kadang memakan diri mereka sendiri.

Jadi, Kedah Times amat bersetuju jika Datuk Mukhriz menjadi Panglima untuk UMNO Kedah. Ini kerana aura beliau di Kedah amat baik. 

Pengalaman beliau sebagai nasional player boleh digunapakai untuk meneraju Kedah.



RAKYAT KEDAH DIBUAI OMBAK RINDU DAN “MUKHRIZ ~ A KNIGHT IN SHINING ARMOUR”.

Menyingkap lembaran sejarah kejatuhan UMNO/BN di Kedah ianya berbunga pada tahun 1996 apabila usaha membawa Sanusi Junid untuk menjadi MB Kedah 'ditentang' oleh sekumpulan 22 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) ketika itu.

Kumpulan 22 ini diketuai oleh Speaker DUN Kedah pada masa itu Arwah Datuk Zainol Md. Isa dengan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendesak supaya Sanusi tidak dilantik sebagai Menteri Besar. Walaubagaimanapun atas kehendak Mahathir yang memang bersikap degil dan pantang ditentang, Sanusi Junid ditabal juga menjadi MB.

Mukhriz dilihat sebagai Satria Kedah
Apabila menjadi MB kumpulan 22 telah ‘dimusnahkan’ secara halus oleh Sanusi yang memang pakar dalam hal-hal politiking berbekalkan pengalaman sebagai Setiausaha Agung UMNO (era UMNO haram). Dasar-dasar dan projek yang dibawa Sanusi seperti projek tanaman padi atas bumbung, pertandingan cabut uban, program mengurut isteri dan projek piala Mat Jenin semuanya gagal dan hanya menjadi bahan tertawa rakyat. Pendek kata sepanjang kepimpinan Sanusi sebagai MB Kedah rakyat ibarat dibuai fantasi dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

Akibat daripada itu pada pilihanraya 1999, UMNO/BN kehilangan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen ke tangan Pas. Keputusan ini adalah manifestasi 'kebencian' dan rasa tidak puas hati rakyat Kedah kepada Sanusi Junid dan Dr Mahathir, Pendana Menteri ketika itu.
Berbalik kepada perkembangan politik semasa, tanpa angin-tanpa ribut tiba-tiba pengundi di Kedah digemparkan dengan cerita Mukhriz Mahathir akan dijadikan MB Kedah selepas pilihanraya nanti. Semua rakyat tertumpu kepada Mukhriz yang dianggap bakal menjadi ‘Knight In Shining Armour’ yang akan turun menyelamatkan Kedah di dalam suasana huru-hara politik dibawah pemerintahan PAS, ibarat dilanggar garuda di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, .
Zam Maidin satu sekolah dengan Ustaz Azizan

Persoalannya apakah Kedah sudah ketandusan pemimpin atau satria diperingkat negeri atau gossip ini sengaja diada-adakan sesama sendiri kerana ingin melihat politik Mukhriz berkubur? Mukhriz harus dilihat sebagai politikus nasional atau dalam istilah pemain bola sebagai ‘nasional player’ dan mengapa perlu diletak beliau sebagai pemain ‘state player’?. Sanusi Junid pernah berkata kepimpinan beliau di Kedah ibarat ‘big fish in a small pond’.

Hari ini Kedah kelihatan sudah ketandusan satria politik kerana yang bertunas kerap dicantas atau diratah mentah-mentah oleh ‘power broker’ yang masih dibuai zaman kegemilangan yang sudah padam dan tidak akan kembali lagi. Broker-broker ini yang sudah tidak laku lagi tetapi masih bergayut di ranting-ranting pemimpin pusat termasuk Najib, Mahyuddin dan Zahid Hamidi.

Sejarah keagungan politik Kedah yang telah melahirkan pemimpin-pemimpin negara @ nasional player bukan satu jasa yang kecil. Bermula dari YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato’ Senu Abdul Raman, Tan Seri Khir Johari, Tun Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainudin, Tan Seri Sanusi Junid, Tan Seri Zainudin Maidin dan ramai lagi kini berkubur di dalam lipatan sejarah.
Daim, sumbang dalam diam kepada KUIN

Yang tinggal hanyalah pemimpin ‘half past six’ di negeri yang boleh dikategorikan sebagai bukan ‘winnable candidate’ atau lebih tepat ‘lousy candidate’. Wakil-wakil rakyat UMNO yang ada hari ini tidak berwibawa untuk menyanggah atau berdebat dengan ADUN Pakatan Rakyat di dalam dewan kerana mereka kurang membaca dan mengkaji fakta-fakta yang bernas untuk di bahas di dalam Dewan Undangan Negeri. 

Sebagai contoh Mahdzir Khalid satu ketika merupakan ADUN yang pasif dan tiba-tiba bangun dari lamunan membangkitkan isu KUIN yang tersasar sasaran politiknya. Ahmad Bashah hanya seperti membawa mesin gun yang menembak tanpa sasaran. Azmi Che Husin dan Tajudin Abdullah berbahas sambil ketawa, lawak-lawak kelihatan tiada keyakinan fakta mungkin takut dihentam oleh PAS. Suraya cuba keras dan nampak berusaha kuat untuk ‘attack’ tapi rakan-rakan lain tidak membantu. 

Novel karya Affifudin Omar
Malah yang ramai ADUN-ADUN UMNO di dalam dewan hanya seperti pak turut dan mungkin tiada pengalaman menjadi pembangkang. Pemimpin berpotensi seperti Datuk Dr Affifuddin Hj Omar telah hilang dilambung ombak dan kini hanya menjadi penulis novel sebaris dengan novelis Box Ofis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari.

Hari ini pemimpin Kedah di tangga yang tercorot dikalangan pemimpin kebangsaan dan yang ada pun seperti Johari Baharum, Marsitah Ibrahim, Jamil Khir semuanya seperti sayur bayam yang hanya segar apabila disiram air kecuali Mukhriz yang masih bertenaga bergayut di atas aura bapanya Che Det.

Hakikatnya rakyat Kedah hari ini sedang dibuai ombak rindu kepada UMNO dan BN tetapi mereka seringkali disajikan dengan pemimpin-pemimpin yang ‘auta’ dan ‘half past six’ dengan rekod ‘korup’ yang mana amat sukar untuk mereka pilih dalam PRU13 yang akan datang.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates