Isnin, 18 Jun 2012

Malaysia Negara Islam


Ini bukan Kedah Times kata tapi orang berilmu dan alim yang kata.

Dah banyak alim ulama dari luar datang ke Malaysia dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progressif. 

Tapi peliknya PAS bukan nak bantu kerajaan sekarang memperelok dan menambaikkan apa yang telah dibuat tetapi sebaliknya mengajak DAP dan PKR memusnahkan semua itu.

Cakap kata nak Islam tapi perbuatan memusnahkan Islam.


KUALA LUMPUR 17 Jun- Felo Amat Utama, Institut Antarabangsa Pemikiran (ISTAC) dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Muhammad Uthman El- Muhammady menegaskan Malaysia merupakan negara Darul Islam.

Menurut Dr. Muhammad Uthman, bukti bahawa negara ini haruslah dilihat daripada buku yang ditulis oleh individu yang berada pada tamadun tersebut.

"Jika kita nak tahu mengenai sastera Inggeris, kita perlu baca buku Shakespeare, janganlah baca buku dari Kelantan yang bercerita mengenai Shakespeare.

"Rujuk pada Kitab Al-fiqh 'ala Al-mazahib Al-arba'ah oleh Abd, Al-Rahman Jaziri, ada tak yang dinyatakan bahawa Malaysia bukan negara Islam?," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan salah seorang peserta di Seminar Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambahnya, Imam Abu Zahra turut menyatakan Malaysia merupakan negara Islam.

"Kita negara Islam tetapi amalan kita tidak sempurna. Oleh itu, kita harus berusaha dengan lebih gigih kearah itu, berlumba untuk berbuat baik dan jangan cantas kawan sendiri," ujarnya.

Belia turut berkata, perpecahan sesama umat seharusnya dikaji berpandukan pada iktikad  Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Madinah, Damsyik, Baghdad , Asia Tengah, semuanya menggunakan kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana kerangka lain cuma bersifat sementara," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates