Rabu, 6 Jun 2012

MB Tak Tahu


Ini jawapan MB Kedah kepada persoalan yang dilontarkan tentang pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang tidak dikawal seperti yang didakwa oleh NGO Kedah pada minggu lalu.
Malah memorendum yang dihantar kepada beliaupun tidak dibacanya.
Jika inilah sikap seorang MB, bayangkan memo atau surat-surat rakyat yang dihantar kepadanya. Adakah beliau lihat dan baca?

Tapi dari cara jawapannya, nampak gaya tak baca la....

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Selasa, menafikan kerajaan negeri gagal mengawal aktiviti rumah urut dan pusat hiburan seperti yang didakwa enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Isnin.
“Kita (kerajaan negeri) ambil berat mengenai perkara tersebut, mereka saja yang tak tau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Ladang Nenas di Bukit Tangga, dekat sini, Selasa.

Beliau mengiringi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah melawat ladang tersebut.
Azizan diminta mengulas demonstrasi aman enam NGO itu semalam yang mendesak kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS memantau operasi dan pengeluaran lesen pusat hiburan di negeri ini.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai isu itu turut menyifatkan NGO terbabit tidak ada kerja lain dan hanya mahu mencari kesalahan yang dilakukan kerajaan negeri sahaja.
Ditanya mengenai memorandum 11 tuntutan yang dihantar kepadanya oleh NGO terbabit, Azizan berkata beliau tidak melihat memorandum tersebut dan tidak tahu kepada siapa memorandum itu diserahkan.
Beliau juga meminta wakil media mendapatkan penjelasan daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mengenai isu tersebut.
“Dia (NGO) yang cakap, you wartawan pi periksa tengok lah… Saya bukan ketua agama. Dekat mana pusat hiburan tu bertambah?,” kata Azizan.
Antara lain, enam NGO terbabit mendakwa hanya kira-kira 300 pusat hiburan dan rumah urut yang memiliki lesen, manakala banyak lagi beroperasi secara haram selain ada yang menyalah guna lesen perniagaan mereka.
NGO yang terlibat dalam demonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Persatuan Penduduk Melayu Islam (PPMI), Persatuan Ibu Tunggal Kedah, Persatuan Penjaja Melayu Islam dan Badan Generasi Prihatin Kedah. – BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates