Selasa, 5 Jun 2012

PAS dan Ejen Singapora

Terdapat ejen perisikan Singapura di Perhimpuna Hijau PASdi Alor Setar?

Ini sedikit komen dari The Unspinners.


Caroline Hung, Ketua Bureau untuk Singapore Straits Times dikesan berada di Perhimpunan PAS beberapa hari lepas. Mengapa begitu minat sekali untuknya mengetahui apa berlaku di Alor Setar?


Adakah dia mahu cari asas nak katakan perhimpunan 40-50 ribu orang ini adalah berasaskan sukarela dan tiada sponsor bas? Hehehe ... tidak. Tak boleh spin ke situ.

Ketua Bureau Straits Times Singapore ini memang jelas pro Pakatan Rakyat. Bagi negara Singapura yang tiada langsung sedikit ruang untuk berdemo berbanding dengan Malaysia, nampaknya dia begitu bersungguh melaporkan keganasan polis dan ketidak adilan kerajaan menyaman penganjur Bersih. 

Dia begitu membantu untuk spin bekas pendakwa kes liwat Anwar menjadi peguam bela Anwar dalam dakwaan kerana Bersih.




Minat Caroline Hong tidak menghairankan kerana akhir bulan April, blogger Just Read sini melaporkan Menteri Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Masagos Zulkifli melawat dan berjumpa Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem, Timbalan Menteri Dalam negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Menteri Besar Perlis, Dato Md Isa Sabu dan Menteri Besar kedah Dato Azizan Razak.

Lawatannya melebihi dari urusan rasmi dan formal. Dia turut melawat Command Centre Pilihanraya PAS di Alor Setar.

Ini pasti menimbulkan anggapan Singapura membiayai Pakatan Rakyat Kedah melalui hubungan PAP-DAP. Ia juga menimbulkan sangkaan SIngapura mencampuri politik Malaysia.

Caroline Hong merupakan rakyat Malaysia dan berkelulusan undang-undang tetapi nampaknya kehadhirannya jelas adalah untuk membantu peranan risikan SIngapura. Siapa tidak tahu bahwa dalam dunia ini, agensi berita China, Xinhua dan Straits Times Singapura adalah juga berperanan sebagai ejen risikan.

Wartwan-wartawan tempatan yang berjiwa nasionalis sedia mengetahui bahwa walaupun wartwan Straits Times Singapura berwarganegara Malaysia tetapi tulisan dan condongan pemokiran mereka adalah menghala ke selatan dan membantu pembangkang.

Sebagai Ketua Bureau, Caroline Hong kira merupakan de facto ketua risikan tidak rasmi Singapura di Malaysia. Nampaknya PAS Kedah amat penting untuk Singapura. Kenapa ye???

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates