Isnin, 25 Jun 2012

Perebutan kuasa


Ini yang berlaku di negeri Selangor. 

Di Kedah telah berlaku dan sempat disenyapkan dengan disorokkan masalah tersebut dibawah karpet. 

Kedah dipandu oleh orang luar. 

MB kedah yang kurang sihat sekarang ini dipandu oleh dua pemandu. Seorang pemandu Merc dan satu lagi pemandu negeri Kedah. Apa tujuan Pemandu kedua kita tidak tahu.

Tetapi jika diteliti, ianya sama seperti yang berlaku di Selangor. Rujuk petikan dibawah.

Dr Ismail, Phahrolrazi, Amirudin dan beberapa lagi ADUN PAS sedang berkira-kira untuk sekali lagi merebut jawatan. 

Cubaan pertama telah mereka lakukan dan hampir berjaya. Dan kita tunggu cubaan seterusnya.... perancangan sedang rancak dilakukan.

Bila nak dilaksanakan ... kita tunggu.


Gila Kuasa Di Negeri PR Makin Menjadi-jadi

Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.

Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.

Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.
  
Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.

Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.

Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.

Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.

Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.

Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya. 

Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN.

Samalah macam mentor mereka yang suka berdondang sayang sesama jantan dan sesekali bergomol sakan bersama chinadoll, bila nafsu serakah terdedah, balik-balik orang lain pula yang kena tanggung kesalahan moralnya. 

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

UMNO2, bab gila kuasa ni tak boleh lawan UMNO. Rebut kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat tak salah. Kalau tak mau rebut kuasa, baik tak payah buat pemilihan bahagian dan pilihanraya. UMNO yang orang marah sgt tu sebab berebut kuasa untuk tembolok sendiri dan kroni. Ahli umno pun hidup merempat kat kampung2 dan bandar2. Memang tak guna la hangpa ni, gamak hangpa biaq org Melayu hidup merempat sampai separuh abad.

Mulut Hebiaq berkata...

Salam tuan mohon bertaut

Tanpa Nama berkata...

tak payah lah cari salah orang lain.
Dalam UMNO diKedah pun serabut lagi/lintang pukang,berkecamuk.
Betulkan UMNO itu dulu.
Tahu ke tidak apa jadi pada UMNO SPetani,Padang Serai,Kuala Kedah,Pokok Sena,Pendang,Baling dan banyak lagi.
Mesyuarat cawangan pun tak cukop korum.
Mesyuarat atas kertas sahaja.
Boleh menang ke ........

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni kalau orang pandai masuk mesti depa halang sedaya upaya. kalau geng bodoh mcm mat terap pencen, sure umno sambut. apa nak jadi dengan hampa pun tak tau.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates