Sabtu, 9 Jun 2012

PTPTN : Lepas UNISEL, KUIN Pulak

Kedah Times sering menyarankan agar Universiti atau kolej milik negeri yang dikuasai pembangkang memberi pendidikan percuma seperti apa yang diwar-warkan Anwar dan pengikutnya. Tidak ketinggalan KUIN, milik kerajaan negeri Kedah yang mereka sangat banggakan.

Selepas apa yang dilakukan pengurusan PTPTN ke atas Unisel, nampaknya Anwar dan konco-konconya adalah PAKAR temberang. Kononnya mereka boleh memberi pendidikan percuma.

Kedah Times berani katakan yang selepas ini Anwar akan kata yang pendidikan percuma atau penghapusan PTPTN hanya boleh dilakukan apabila PR memerintah Malaysia. Mereka akan gunakan duit Petronas untuk tujuan pendidikan percuma.

Tapi mereka lupa bahawa kerajaan juga perlu duit untuk kerja-kerja lain seperti pembangunan negara, kemudahan rakyat dan sebagainya yang berjumlah berbilion-bilion.

Memang Anwar kaki Auta punya ...


PTPTN Sahkan Batal Pembekuan Pinjaman Kepada Unisel, Kuis
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) memutuskan untuk menarik balik pembekuan penyaluran pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Perkara itu disahkan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi mStar Online, petang Jumaat.

Ia juga turut disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Ya, memang benar pembekuan pinjaman PTPTN terhadap para pelajar Unisel dan Kuis telah dibatalkan. Saya telah menerima arahan daripada pejabat Menteri Pengajian Tinggi untuk meneruskan pemberian pinjaman," kata Ismail.

Ismail Mohamed berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima rayuan daripada pihak pengurusan Unisel dan Kuis supaya membatalkan pembekuan tersebut.

"Kita yakin kerajaan negeri Selangor tidak mampu memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar. Oleh itu, kita akan beri pinjaman kepada pelajar untuk meneruskan pengajian masing-masing," katanya.

Menurut Ismail, pihaknya turut menerima banyak panggilan daripada ibu bapa para pelajar di kedua-dua institusi pengajian tinggi itu supaya mempertimbangkan tindakan menyekat pemberian pinjaman PTPTN kepada anak mereka.

"Ada di antara mereka menyatakan hasrat untuk berhenti menghantar anak-anak ke Unisel dan Kuis jika pinjaman disekat.

"Pinjaman itu penting bagi mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menampung pembiayaan pendidikan anak-anak," katanya.

Ismail berkata, tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu turut dilakukan kerana tidak mahu para pelajar menjadi mangsa keadaan.

"Mereka (para pelajar) boleh terus buat permohonan pinjaman bermula hari ini (Jumaat) dan ia akan diproses serta merta," katanya.

Pada Rabu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan telah membekukan pinjaman PTPTN bagi pelajar Unisel untuk melihat kemampuan pembangkang memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka.

Bagaimanapun, pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan pelajar baru bagi kemasukan April lalu.

Pembekuan pinjaman itu yang turut dikenakan terhadap pelajar Kuis memaksa rektornya, Profesor Datuk Dr Aziuddin Ahmad bertemu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada pagi Jumaat untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

"Rektor Kuis telah bertemu saya dan saya telah memaklumkan rayuannya pada YB Menteri supaya PTPTN tak dibekukan bagi pelajarnya. Surat Kuis akan menyusul," kata Saifuddin menerusi laman Twitternya.

1 comments:

CCZ berkata...

CCZ setuju 1000%...Anwar tak apalah..kaya raya dah...CCZ cadangkan minta juga Anwar tubuhkan tabung sepertimana PTPTN. Baru adil.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates