Sabtu, 9 Jun 2012

Puteri Balkis PAS

Amat hairan dan terkejut Kedah Times melihat sikap dan pemikiran muslimah PAS. Semakin hari semakin terpesong PAS ini.

Kini mereka mengangkat Ambiga sebagai srikandi atau Puteri Balkis baru mereka. Mereka sudah menjadikan Ambiga sebagai ikon baru muslimah PAS. 

Bukan saja nama Puteri Balkis sudah dinodai tetapi PAS sudah menjatuhkan imej atau darjat puter Balkis itu sendiri.

Kemudian firman Allah SWT yang bermaksud “Dia berkata ‘Rubahlah singgahsananya,maka kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk oran-orang yang tidak menganalinya’ dan ketika Balqis datang ditanyakan kepadanya ‘Serupa inikah singgahsanamu?’Dia menjawab ‘Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku,kami telah diberi pengetahuan sebelumnya (Kenabian Sulaiman) dan kami adalah orang-orang yang berserah diri.Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah mencegahnya (untuk melahirkan Islam) kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang kafir.Dikatakan kepadanya’Masuklah kedalam istana,maka tetakala melihat istana itu dikiranya kolam air yang besar dan disingkatkan kedua betisnya,berkatalah Sulaiman’Sesungguhnya ia adalah istana licin yan diperbuat dari kaca’.Berkata Balqis ‘Ya Tuhanku,sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah tuhan semesta alam”.

Demikianlah kesungguhan dan ikhtiar hud-hud telah memakaikan mahkota hidayah kepada Puteri Balqis ditangan Nabi Allah Sulaiman dan sesungguhnya amat patutlah bagi setiap pendaie menjadikan kisah ini sebagai pedoman dan pengajaran demi untuk mengukuhkan lagi nilai serta benih dakwah didalam dirinya mahupun mad’unya.

Sedihnya muslimah PAS seolah-oleh tidak mengkaji apa yang diceritakan dalam AlQuran tentang kisah Puteri Balkis ini sebaliknya memberi nama itu kepada seorang musuh Islam.



  • Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
  • Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam
  • Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.
  • Menjadi dalang di sebalik Risalah Perlembagaanku yang mahu menyisihkan Hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai Agama rasmi persekutuan.
  • Pernah menganjurkan Demonstrasi di Sogo pada 9 disember 2007
  • Menerima memorandum menuntut pelaksanaan Interfaith Commision (IFC) PADA 21 0GOS 2001

Juga perhatikan Tuntutan beliau di dalam IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang terlibat dalam pembelaan kes Lina Joy dahulu. Beliaulah yang membela kes murtad Lina Joy dahulu sehingga Lina Joy secara rasminya telah murtad dari Islam ;

  • Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  • Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
  • Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
  • Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  • Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
  • Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  • Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  • Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  • Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  • Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  • Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  • Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  • Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Persoalan Kedah Times ialah apakah Muslimah PAS mengiktiraf perjuangan yang dibawa oleh Ambiga? Malah apakah Muslimah PAS juga bersetju LGBT diiktiraf halal di Malaysia?

Petikan di atas adalah idea-idea dan perjuangan yang didokong oleh Ambiga yang diiktiraf muslimah PAS sebagai Puteri Balkis.

Jika inilah mentaliti muslimah PAS, Kedah Times menyarankan penyokong-penyokong PAS berfikir apakah berbaloi menyokong parti songsang ini. Apakah jenis munafik yang sedang memimpin PAS yang didepan orang Islam bercakap lain, dibelakang lain pulak ceritanya.




1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Muslimah PAS bagi gelaran Saidatina Ambiga pun aku tak heran !
TakeBeerrrrrrrrrrrrrrrrrr

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates