Sabtu, 16 Jun 2012

Surau pun tak terurus, inikan pula negeri

Kedah Times petik dari Forum Tranungkite. Luahan perasan penyokong-penyokong mereka sendiri.

Nik Aziz dan PAS berdegar-degar bercakap tentang Islam. Tapi nak urus/tadbir surau dan masjid pun mereka tak tahu. Macamana nak urus/tadbir negeri atau negara?

Mungkin mereka sangat bergantung kepada PKR dan DAP untuk mentadbir/mengurus negeri atau negara. Tetapi kita pasti PKR kaki sapu harta negeri atau negara dan DAP adalah parti kroni.

Jadi PAS tinggal terkontang kanting tak tahu nak buat apa. Macam kera dapat bunga. Macam kera makan pulut.

Inilah nasib yang bakal menimpa Islam jika PAS mendapat kuasa. Semua diserah kepada Allah. Mereka asyik bermain politik dan berjanji bohong.


Assalamualaikum, 


Saya tidak merujuk kepada semua mesjid dan surau di Kelantan. tetapi majoriti mesjid dan surau dalam kondisi yang amat mengecewakan. 


Saya memohon maaf atas tulisan ini, niat saya tanpa prejudis memohon agar Rumah Allah diletakkan pada tahap penghormatan sebenar sebagai rumah Allah. 


Mohon sangat-sangat PAS sebagai pemerintah di Kelantan memandang serius tentang status kebersihan dan kemudahan MESJID dan SURAU di Kelantan. 


Kelantan dikenali sebagai SERAMBI MEKAH, bertahun-tahun di tadbir oleh Parti Islam namun sayangnya tiada agenda khusus untuk menjaga "rumah Allah"dengan teratur dan sempurna. 


KELANTAN mesti menunjukkan satu tekad dan usaha menunjuk contoh 
bahawa mereka juga adalah penjaga dan pengendali rumah Allah yang sangat luarbiasa. 


5 tahun travel di seluruh Kelantan teramat menyedihkan keadaan kebanyakan mesjid dan surau. 


Tersangat elok kerajaan PAS menubuhkan unit khas mengendalikan penyelenggeraan mesjid dan surau secara profesional. 


jika tidak maka kita akan berjumpa di mana-mana 
seluruh Kelantan mesjid dan surau yang: 


1. Karpet dan sejadah nya lunyai dan busuk 
2. Pelikat wakafnya hapak dan telekung bertahi lalat 
3.Tandasnya rosak, busuk dan kotor 
4.Kawasannya bersampah sarap dan ditumbuhi rumpai 
5. pagar2 nya yang tumbang. 
6.papan tandanya yang usang , dan tidak informatif 


Kalau nak diharap pada penduduk tempatan, tak tahulah bila mereka mampu memiliki disiplin dan kasih sayang sempurna terhadap rumah Allah.Menjaga dengan semangat super bersih. 


Justeru penubuhan unit khas memantau mesjid dan surau secara istiqamah bakal membina ketakjuban yang mendalam dalam diri pengunjung khususnya mereka yang datang dari luar Kelantan. 


Barulah sesuai nak digelar Kelantan Serambi Mekah. 
Biarlah ada kenangan manis dan kagum pada setiap pengunjung 
betapa uniknya Kerajaan kelantan menjaga semua rumah Allah. 


Kalaulah dengan keadaan sekarang, imej Kelantan sebagai negeri Islam 
agak tercemar.Islam itu adalah amalan, BUKAN cakap semata-mata. 


Dinegeri lain keadaan pun 2 x 5 di setengah tempat tetapi cadangan diajukan kepada Kelantan yang dibangga2kan dibawah pemerintahan 
Islam. 


Wallahualam. Tanda cinta Allah ialah cinta pada rumah Allah.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Surau kotor sebab ada bangunan hijau disebelah tu. Kotor pemandangan dan perasaan. PAS tak malu membina pejabat hijau ditanah surau dan masjid. Mengotorkan. Tak bermaruah langsung. Ajk makan rasuah ke benarkan PAS bina pejabat dalam kawasan masjid dan surau.

Tanpa Nama berkata...

Awat tak buat laporan polis kat uncle seekers kerana hina raja-raja? 30 artikel dia tulis hentam raja johor tau. Ataupun korang takut dengan hantu seekers tu? hahaha mana pi perkosa? mana pi 3 calit? mana? dasar pengecut! www.uncleseekers.blogspot.com

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates