Rabu, 18 Julai 2012

2013: Kerajaan Kedah bakal menghadapi kemelut kewangan?



Isu dan kemelut KUIN tidak boleh dibendung lagi.Walaupun apa yang dijawab Jamil dan Azizan (J&A), orang dah tak percaya. Orang kuat jamil dan Azizan cuba cari jalan untuk kalih isu bagi menutup kelemahan Azizan, lantas mereka mencipta pembohongan bahawa demo di KUIN didalangi UMNO dan modal isu dekat dengan pilihanraya. Namun dakwaan itu meleset apabila dilihat dalam demo tersebut golongan penyokong bulan melebihi separuh daripada peserta demo staf KUIN.Orang kuat Jamil dan Azizan terus mencari jalan untuk tipu rakyat Malaysia untuk tutup kelemahan pentadbiran J&A, akhirnya mereka cuba memfitnah dengan tuduhan melulu kepada Dato Puat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Kisahnya mereka menggunakan blog dan facebook untuk menuduh bahawa kemelut KUIN tercetrus kerana Dato Puat tak mahu berikan dana kewangan pada KUIN. Mungkin orang luar KUIN tak faham isu lalu mengikut membuta tuli blogger upahan dan pencacai J&A. Saya rasa terpanggil bagi menjawab semua tuduhan dan fitnah kepada Dato Puat , mari ikuti penjelasan benar dan sebenar tentang kisah fitnah ini.

- Peruntukan KUIN yang diluluskan bagi tahun 2012 adalah sebanyak 15 juta dan bantuan Kerajaan Negeri ini tidak diberikan sekaligus, sebaliknya dibuat pembayaran mengikut fasa dalam setahun.
-Daripada jumlah tersebut KUIN telah pun menggunakan peruntukan 2012 untuk perkara berikut :
      * Di dalam tahun 2011 kerana masalah kewangan pada tahun tersebut pihak KUIN telah menggunakan terlebih awal peruntukan bagi tahun 2012 . Jesteru pihak Kerajaan akan menolak pemberiaan advance itu daripada bantuan kewangan bagi tahun  2012.
      *Disebabkan Jamil dan Azizan sudah membuat keputusan menendang keluar ulamak tahfiz dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah maka peruntukan sebanyak 3 juta disalurkan kepada Yayasan Islam bagi tujuan pembayaran gaji.
       * Pihak KUIN juga pernah berhutang dengan Syarikat Air Darulaman (SADA) semasa menghadapi masalah membayar gaji pekerja KUIN sebanyak 2 juta, maka pihak Kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan KUIN 2012 untuk membayar kembali hutang KUIN kepada SADA
       * Baki daripada peruntukan telah disalurkan kepada pihak KUIN untuk belanja urus KUIN
       * Kini baki daripada jumlah keseluruhan peruntukan bantuan Kerajaan bagi tahun mengurus 2012 hanya tinggal 2.5 juta untuk baki 6 bulan mengurus KUIN.  (sangat kritikal kewangan KUIN)

Baki 2.5 juta ini sebenarnya akan dibayar seawal-awal mengikut jadual pembayaran pada bulan 9 bagi mengelak masalah kewangan yang meruncing pada suku terakhir kewangan KUIN.

Bayangkan 6 bulan KUIN hanya bergantung kepada 2.5 juta dan yuran untuk bayar gaji, belanja urus dan bonus kakitangan KUIN. 

Bagi belanja mengurus KUIN bagi tahun 2011 , KUIN telah berbelanja sebanyak 28 juta sedangkan peruntukan daripada Kerajaan pada tahun tersebut hanya 12 juta.

Persoalannya disini dimanakah model dan modal perniagaan KUIN yang dikatakan mempunyai anak syarikat yang kononya bagi menambah dan menjana keuntungan. Pendapatan tahun tersebut sebahagian diambil dari peruntukan Kerajaan dan sebahagian lagi diambil dari yuran pelajar . Dimanakah sumber pendapatan daripada anak syarikat?  Memang Azizan dan Jamil penipu. Mereka boleh tipu rakyat tapi bukan staf KUIN.

Bagi tahun 2013 , KUIN memohon peruntukan sebanyak 100 juta daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menampung belanja mengurus KUIN. Perlu diingat pendapatan awam rakyat kedah bukan hanya untuk KUIN tetapi untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah semuanya. Perlu diingat :
- Hasil pendapatan Negeri Kedah setahun lebih kurang 450 juta
- Daripada jumlan tersebut :
                          - 45 juta terpaksa digunakan untuk bayar kampus KUIN di Kuala Ketil
                          - Belanja mengurus emolumen k/tangan awam Kerajaan Negeri 160 juta.
                          - 50 juta mengurus semua cawangan Maktab Mahmud.
                          - 22 juta untuk Tahfiz Sains  Pulau Tuba
                          - Baki belanja mengurus masih banyak tanggungan Kerajaan negeri.
- Bayangkan kalau KUIN guna 100 juta duit rakyat Kedah, kemungkinan Kerajaan Kedah akan bankrap pada tahun 2013.

KESIMPULAN

- Pentadbiran yang betul mestilah mengikut badjet yang diperuntukan, bukan runtunan politik
- Duit adalah amanah rakyat yang bukan boleh dibuat sesuka hati, ia satu amanah besar.
- Dari penerangan di atas memang sah Anak Syarikat KUIN langsung tak jana keuntungan KUIN
- Nak tadbir negeri ibarak periuk nasi, kerak nasi mesti ikut acuan periuk , jika tidak, teruklah.
- Orang kuat Jamil dan Azizan , cuba nak tabur fitnah kata Dato Puat tak bagi duit kat KUIN tapi semua dakwaaan itu telah saya sangkalkan dalam artikel ini.
- Pemimpin kalau tak takut Allah , mereka akan jadi macam Azizan dan Jamil.


Sumber : Beritakuin

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates