Selasa, 17 Julai 2012

Apa Masalahnya Jika KSN Menyokong Kerajaan?


Kedah Times ingin memberi sedikit komen  kepada penulisan dibawah.

Banyak keluhan diterima yang agensi-agensi kerajaan pusat dipenuhi oleh mereka-mereka yang memakihamun pembayar gaji mereka. Kedah Times tidak kata semua agensi dan semua kakitangan awam, tetapi ada agensi-agensi tertentu yang unit didalamnya dihuni oleh pemakihamun ini.

Contoh terbaik, UUM yang dulunya dipaksa membayar cukai penuh oleh kerajaan negeri, tidak lari daripada mempunyai unit yang dipenuhi kaki bangkang. Walhal kerajaan pusat berusaha agar mereka hidup senang tanpa ada tangguhan gaji dan sebagainya tetapi mereka masih kerjanya makan gaji tapi tetap menutuk kerajaan.

Cuba lihat apa yang terjadi di KUIN dimana staf terpaksa berdemo menuntut hak mereka, tapi di agensi-agensi kerajaan pusat mereka bebas berpolitik membangkang.

Kedah Times menyeru ketua-ketua agensi kerajaan pusat dan kerajaan pusat tengok-tengok lah sesetengah agensi yang pekerjanya mentedarah gaji tapi setiap hari asyik memijak kepala tuannya.

Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu.    Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’. 

Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.

Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional.   Justeru, tiada isunya di sini.  Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar.  

Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?   

Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti.  Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.   

Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional.   Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan.  Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.   

Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya .  

Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun.   Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang.  

Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak salah KSN menyokong kerajaan..

Tapi yang terbukti salah ialah kakitangan kerajaan yang belot dan menyokong pakatan rabak..

rezeki, periuk nasi dan pendapatan diperah dari kerajaan..

tapi undi diberikan kepada pakatan rabak..

macam anjing yang mengigit tangan orang yang memberi makan..

Tanpa Nama berkata...

PM & KSN ibarat aur dengan tebing, x semestinya KSN harus menongkah arus, jika menongkah arus, kacau bilau lah pentadbiran Malaysia, ini pun x dapat difahami olih puak2 Pas ni, lebih lagi Mahfuz, tapi nak dihairankan apa dgn siMahfus ngok ne?, dia akan merembat apa saja, jika dirasainya perkara itu akan menguntungkan politik puak2 mereka, inilah sifat mereka, perasan mereka hebat & pandai, pada hal pemikiran cukup selekeh serta jahat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates