Jumaat, 20 Julai 2012

Apa Salah DMM wahai Padi Jantan?

Kedah Times melawat Blog Padi Jantan untuk melihat sendiri apa yang sedang dihebohkan. Mungkin beliau hanya berseoronk atau main-main dalam blognya. 

Tapi rupa-rupanya ada perkara yang Kedah Times rasakan sesuatu yang amat serius yang beliau postkan dalam entrinya. Petikan sebahagiannya adalah seperti dibawah:

500,000 Unit Saham FGV  Untuk PKNK Dan Pengerusi Serta Board Dirctor PKNK Yang Terdiri Daripada Pemimpin PAS Dan PKR.

Pejuang UMNO/BN DIHARAMJADAHKAN, PENGKIANAT AGAMA, BANGSA DIUTAMAKAN.

Terima Kasih Dato Mukhriz, Bakal MB Kedah.
pasti menyedihkan rakyat, lihat disini.
Umpama Amerika salur DANA kepada Israel untuk menzalimi rakyat Palastine :)
Sekarang, Siapa CERDIK dan Siapa BODOH ?
Wallahualam. 

Agak terkejut juga dengan gambar yang disiarkan oleh blog tersebut.

Cuma pertanyaan Kedah Times kepada blogger Padi Jantan, apa salah Datuk Mukhriz sebenar yang membuatkan beliau cuba menyamakan kelulusan pembelian saham FGV oleh PKNK seperti Amerika menyalur DANA kepada Israel untuk menzalimi Palestine.

Kalau macam tu, apakah tindakan JKR menyalurkan kewangan untuk penyelenggaraan jalan juga sama seperti Amerika salur DANA kepada Israel?

Padi Jantan, meletakkan
dirinya setaraf Blogger
PKR
Kenapa salahkan Datuk Mukhriz sedangkan ketua MITI ada Datuk Pa? Apakah Datuk Mukriz yang membuat semua keputusan untuk meluluskan pemberian saham kepada semua Perbadanan Kemajuan Negeri?

Kedah Times merasakan yang Padi Jantan ambil jalan mudah dalam membuat rumusan. Tahukah Padi Jantan yang permohonan saham diminta atas kapasiti PKNK dan PKNK adalah jentera pembangunan negeri Kedah. Jadi adalah elok jika PKNK dibantu atas kapasiti mereka memohon untuk membeli saham tersebut. Dan pembangunan adalah untuk rakyat Kedah.

Kalau ikut rumusan Padi Jantan, semua peruntukkan yang turun ke Kedah sama seperti Amerika salur Dana kepada Yahudi.

Kedah Times nak tanya Padi Jantan, apa nak Padi Jantan jawab jika Amanah Saham Kedah juga diberi saham FGV? Terdapat 23,000 pelabur kecil dalam ASK yang rata-ratanya penyokong BN. Apakah MITI atau MOF patut menolak permohonan saham mereka?

ASK adalah syarikat amanah saham dibawah Permodalan Kedah Berhad yang dimiliki Kerajaan Negeri tetapi didalamnya terdapat 23000 pelabur runcit.

Sedih melihat seseorang seperti Padi Jantan membuat rumusan gopoh gapah seperti itu. Kedah Times mohon    Padi Jantan mendapat maklumat terlebih dulu sebelum membuat keputusan untuk memburukkan seseorang.

Cuma Kedah Times nak beritahu yang Kedah Times dimaklumkan Padi Jantan berada dalam 'circle' bloggers yang merasakan mereka amat elit. Jika benar la Padi Jantan mendapat sedikit imbuhan dari mereka ini, maka Kedah Times amat sedih kerana pelaburan UMNO Kedah kepada 'circle' ini digunakan untuk memburukkan TIMBALAN KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH.

Mungkin ini ada kaitan dengan blogger yang mengatakan di Kedah ini blogger semuanya 'Jurassic'. Mana tahu, masakan pokok bergoyang jika tiada angin.

Kedah Times akan pergi lebih jauh jika Padi Jantan meneruskan posting sebegini. Tunggu...

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Padi jantan tulis punya berani tup tup langsung tak jawab! Jawab ler..Nak tengok siapa betul siapa salah ni!

Tanpa Nama berkata...

PADI JANTAN SAID...
Amboi, hang ni bila orang sentuh Mukhriz, Mokhzani, Mahathir, bukan main kalut lagi, tapi orang hentam ahli2 umno yang lain dan parti umno sendiri haram hang tak melenting pun...memang hang ni jenis kaki bodek, bukan hang dok dalam umno pun...hang dah keluq umno dah... bahagian hang sendiri pun tak mau kat hang, hang lawan jawatan dalam parti pun tak pernah menang-menang.... Orang UMNO sendiri pun tak mau kat hang... hang pi melingkup la dengan NGO hang tu, hang layak dok jawatan dilantik ja, kalau bertanding sampai kiamat pun hang takkan menang....

Tanpa Nama berkata...

1 Melayu...
Hang ni pun satu KT, aku tgk hang ni tak ikhlas, kalau orang perburuk Mukhriz hang laju ja pi bela tapi bila org perburuk pemimpin umno, ahli umno dan pengundi umno lain hang haram buat tak tau ja. Hang ni ada agenda ni, bukan sayang umno tara mana pun. Hang taksub individu umno ja. Kalau setakat hang wujud dalam umno utk bela 3M,mukhriz,mahathir dan mokhzani, lebih baik hang pi keja dengan depa. UMNO is not all about 3M. UMNO akan terus berjuang meskipun pasca mahathir nanti. Kalau 3M ni saja penting dalam umno bagi hang, cukup la hangpa 4 orang ja undi umno dalam pru13 nanti. Haram jadah betoi.

QalamQabut berkata...

Jarang sangat aku jengok kat sini. Tapi bila jengok aku nampak UMNO lawan UMNO. Tahniah la... Yang satu tesembam yang satu lagi tesungkoq.

Macam mana kalau kita bagi chan dekat Jijan sekali lagi sementara UMNO pebetoi plobrem?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates