Khamis, 19 Julai 2012

Bazar Sinar Sejahtera

Kedah Times sudah beberapa kali melalui kawasan Bazar yang disediakan Kerajaan Sejahtera Kedah. Ianya dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Kerajaan negeri sendiri.

Lokasinya bagi Kedah Times tidak sesuai kerana:
1. Di sebelah laluan utama pekan Alor Setar.
2. Pekan Rabu sudah sedia ada disitu.
3. Laluan sibuk ditengah-tengah Bandar Alor Setar
4. Tiada kawasan parkir yang boleh menampung pengunjung. Parkir sedia adapun tidak mampu untuk menampung kereta sedia ada.

5. Pemerintah tidak merancang dan mengkaji dengan betul. Sudah wujud pasar uptown di Stadium dan pasar malam di tapak Star Parade.

Inilah peracangan yang hanya boleh dikatakan hentam kromo oleh exco berkaitan. 

Bagaimana peniaga hendak beri komitmen jika pelangganpun tiada.Sepatutnya banyak program diadakan demi menarik pelanggan untuk mengunjungi bazar tersebut. 

Bazar Sinar Sejahtera di pekan Rabu gagal

ALOR SETAR 16 Julai - Bazar Sinar Sejahtera di pekan Rabu dekat sini yang diwujudkan kerajaan negeri sejak Februari lalu gagal ekoran kurang sambutan daripada peniaga di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Insan dan Pembangunan Usahawan, Abd. Ghani Ahmad (Pas-Ayer Hitam) berkata, tiga faktor dikenal pasti menjadi sebab kepada kegagalan tersebut.

"Berlaku pertembungan antara bazar malam tersebut dengan bazar malam yang lain seperti di Stadium Darulaman selain program berbentuk semasa yang sering diadakan di bandar raya ini.

"Peniaga juga dilihat kurang memberi komitmen kerana berpandangan kawasan tersebut tidak menarik perhatian orang ramai. Selain itu, adalah sesuatu kebiasaan apabila sesuatu program yang baru seperti ini akan ada kelemahannya," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini, cuma terdapat lebih 36 peniaga yang mendaftar untuk berniaga di tapak tersebut selama empat hari seminggu.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan penambahbaikan bagi memeriahkan kawasan tersebut terutama menjelang musim perayaan nanti.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates