Isnin, 30 Julai 2012

Blogger PAS dalam kegelapan

Kedah Times tak mahu komen banyak tentang penulisan blogger pro PAS yang kebanyakannya pakai hantam keromo saja. Mereka merasakan apa yang mereka tulis itu betul, walhal jauh api dari panggang maklumat yang disiarkan. Malahan penulisan mereka itu bertukar menjadi fitnah tanpa disedari mereka.

Sehingga kini mereka hanya menembak secara rambang siapa Kedah Times kerana mereka seolah-olah berada dalam kegelapan atau kekeliruan, jadi tembakan mereka senantiasa tidak mengena sasaran. Kini peluru sudah hampir habis tapi musuh tidak pernah kena tembak.

Sebaliknya semua tulisan mereka mengenai Kedah Times menjadi fitnah dengan fakta-fakta palsu. 

Kini mereka tukar strategi. Daripada tembak secara rambang yang akhirnya asyik mengena diri mereka sendiri, kini mereka memperlecehkan samada anggota atau semua penulisan blogger-blogger pro BN. Disamping melaga-lagakan sesama blogger Pro BN.

Kedah Times mengenali blogger-blogger TMK, mereka adalah pemuda-pemuda yang bersemangat dan bekerja tanpa bayaran sesiapapun. Jika adapun sumbangan adalah dari mereka-mereka yang bersimpati dan sumbangan itu dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti mencari maklumat.

Selalunya orang yang menuduh orang lain mendapat bayaran adalah mereka yang sentiasa menerima atau meminta bayaran dalam segala kerjalaku yang dilaksanakan. Jadi Kedah Times tak hairan jika yang menfitnah blogger-blogger muda ini adalah mereka yang dibayar oleh PAS Kedah samada dalam bentuk jawatan di negeri atau elaun bulanan. Mereka sangat arif tentang ini semua, sebab tu mereka menyangka semua yang membuat kerja blogger dan penerangan mendapat bayaran. 



TUDIAA AIHH!! Apabila Blogger UMNO Di Panggil IBLIS!! #TukarKedah


Baca penjelasan kami di SINI dan SINI

Sedih betul Mc rasa apabila kami TMK disamakan dengan Iblis. Kenyataan yang dikeluarkan blog Pas Kedah yang diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri Zulkifli Yahaya telah memfitnah kami TMK di bulan Ramadan yang mulia ini.

Apakah ini yang Pas panggil Islam? Mengelarkan seseorang muslim yang lain dengan panggilan buruk? Mereka mengatakan kami pemfitnah! Buktikan apa yang telah kami fitnah? Kalau benar kami fitnah, heret kami ke mahkamah. Kami tak takut berdepan dengan apa yang kami tulis di blog kami

Mungkin kami tidak tunjukkan muka. Well.. soal keselamatan juga jangan dilupa. Kami sekarang berada dibawah kerajaan negeri yang ditunjang oleh Pas. Kami juga perlu menjaga keselamatan diri dan keluarga, kami takut ada tindakan yang bukan-bukan dibuat oleh pihak penyokong fanatik Pas terhadap kami.

Mc beri contoh bagaimana Facebookers TMK, Aktivis UMNO Pekan Naka yang telah beberapa kali diugut oleh puak Pas. Hingga ada yang menelefon beliau untuk memukul beliau sekiranya beliau masih lagi aktif mengkritik dan menghentam kerajaan negeri Kedah dalam facebook beliau.

Apakah itu tidak bahaya? Malah rumahnya juga pernah dibuang bangkai ayam sebagai tanda untuk berjaga-jaga. Selamatlah beliau masih bujang trang tang tang.. kalau berkeluarga, rasanya beliau terpaksa pindah ketempat lain kerana bimbangkan soal keselamatan.

Kita kembali ke soal fitnah!

Blogger Pas kata, kami fitnah kerajaan negeri Kedah. Mc nak tanya balik, isu apa yang kami fitnah Kerajaan negeri? Isu kewangan KUIN? memang benar KUIN tengah nazak sekarang ni. Tarian separa bogel di kelab malam yang diluluskan oleh exco? Perkara itu benar.. surat sokongan exco yang mahu kelab malam lulus? Itu pun benar. Balak di Gunung Inas merosakkan alam semulajadi dan kawasan tadahan air penduduk? itu pun benar, bukan fitnah. Balak di Pedu tak ada EIA? Memang betul pun, disahkan oleh JAS. Balak Hutan Simpan bernilai tinggi di Pendang hilang tanpa dikesan? Perkara itu pun betul. Ketua PKR Langkawi seleweng duit khafalah? Itu pun benar. Malah yang terbaru.. Azizan beri kroni projek berjuta-juta ringgit? Itu pun benar..malah ianya akan bersambung dan tak habis lagi pembongkaran kami mengenai hal itu.

jadi apa yang kami fitnah kerajaan negeri?

Mungkin ada yang kata TMK mulakan fitnah terhadap Sanusi Setpol MB berkenaan isu songlap duit RM1.3 juta.

Cehh.. tolong skrin shot dan sertakan pada Mc, blog TMK yang mana mainkan isu tersebut. Kami ni ada intergriti. Tak main la setakat khabar-khabar angin. Malah kami tak campur pun isu tu. Mungkin ada blogger Kedah lain yang buat. Tapi apa yang Mc boleh beritahu, itu bukan kerja hasil air tangan kami.

Sebenarnya, tak ada pun fitnah.. malah kami yang difitnah berulang kali oleh blogger Pas Kedah hingga ada yang katakan kami Cybertroopers yang dilatih oleh APCO yahudi. ha ha ha.. malah kami juga dibayar oleh Dato' Mukhriz Tun Mahathir dengan bayaran rm2000 sebulan, hanya untuk menghentam kerajaan negeri Kedah. Aduh.. lawak benar rasanya perkara ni.



Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
UBAH LOGO TMK

Dari sumber mana agaknya blogger Pas ni dapat? ha ha ha.. jauh panggang dari api. Ini baru namanya fitnah. Main tulis saja tanpa ada sumber rujukan yang betul. Malah dari segi psywar pulak, troopers Pas Kedah agak jauh ketinggalan berbanding kami. Kalau berminat, jemputlah kami mengajar training psywar. Tak payah panggil APCO, anak melayu Kedah pun pandai. he he..

Sebelum Mc lupa, Mc nak pesan something pada Pas Kedah. Lain kali, ikut pesanan Azizan, buat kerja cara Islam. Dulu dok kutuk UMNO lumat, kononnya tak berapa nak Islamik. Kini bila depa dah jadi kerajaan negeri, bukan kata nak perkasakan Islam. Malah masalah sosial di negeri Kedah semakin teruk.

Sudah la ekonomi pun tak maju, infra teruk, masalah sosial pun meningkat. Kiranya tak ada langsung perubahan kearah kebaikan sejak Pas memerintah negeri Kedah ni. Semakin teruk ada la. Bagi Mc dan TMK, kerajaan negeri Kedah sekarang yang ditunjang oleh Pas Kedah dah tak relevan. Takdak perubahan. Malah makin teruk..

Pada pembaca semua rasanya, perlukah kita beri mandat kedua kepada orang-orang ini lagi?


P/s: Tolong komen sikit wahai rakyat Kedah yang amat disayangi..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates