Jumaat, 27 Julai 2012

Bonus setengah Bulan Gaji


Selepas menghadapi pelbagai kemelut, staf KUIN tertanya-tanya apa pula yang bakal mereka terima.

Skim gaji bari KUIN? Bonus sempena raya? Atau tiada apa-apa?

Memandangkan pelbagai masalah kewangan, kemungkinan besar staf bakal tidak menerima apa-apa.

BONUS RAYA, APA NASIB STAF KUIN

Hari ini di akhbar-akhbar terpampang pengumuman PM yang menyatakan penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minima RM500. Bonus ini adalah keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam untuk meyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba. PERSOALANNYA adakah kakitangan KUIN akan menerima nasib yang sama seperti 13%. Adakah kerana KUIN swasta maka staf KUIN tak layak untuk dapat bonus ini. Jika inilah yang bakal difikirkan oleh pihak atasan KUIN maka staf KUIN akan .telan ayaq liuq lagi.


Mungkin bagi pengurusan tertinggi KUIN bonus ni tak penting bagi depa kerana gaji depa pun dah tinggi campuq lagi elaun-elaun yang depa dapat dah tak habih nak makan. TAPI staf-staf bawah yang gaji ciput raya ni nak makan apa??? Inilah nasib yang staf KUIN terpaksa hadapi bila dipimpin oleh mereka yang pentingkan diri sendiri. Depa hanya pikiaq periuk nasi depa sahaja tapi periuk nasi orang bawah lantak hangpa la.


Apa pun kita tinggu apa reaksi depa dengan pengumuman PM ni. Kita banyak2lah berdoa kepada Allah dalam bulan Ramadan ni semoga Allah bukakan pintu hati depa untuk menjadi manusia yang berhati perut. Kita kena ingat rezki Allah yang bagi bukan depa yang bagi. kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat raya lah ala kadar dan setakat mana yang kita mampu. Allah maha kuasa.


`KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA.
`NEGARA KEBAJIKAN.


Dari Beritakuin.blogspot.com

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ala, manja sangat aih kuin ni... Peniaga Melayu merempat takdak sapa ambil tau pun. Setengah tu makan pun tak berapa ada sebab penjawat awam malas buat kerja dan cuti2 time posa ni. Padahai bilangan peniaga Melayu lagi ramai dari jumlah penjawat awam. UMNO ni bodoh sungguh.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates