Ahad, 29 Julai 2012

Curahan rasa: Winnable candidate


Kedah Times siarkan luahan rasa yang dihantar oleh pembaca. Cuma ada sikit modifikasi agar kita semua boleh faham apa yang cuba disampaikan penghantar.

Mesej utama ialah tentang calon yang bakal diberi peluang. Mereka mesti yang bertanggungjawab, berwibawa, boleh berkhidmat dan lain-lain kriteria yang boleh menjadi 'winnable candidate'.

Kita sama-sama hayati dan cuba fahami.

Oleh zizan.com

MASAALAH MASAALAAAAH.....

Dari apa yang kita dapat dalam tinjauan yang agak halusi, banyak yang bercakap tak serupa bikin. Samada ianya tokoh atau pengikut tokoh. Hadapan cakap lain, belakang buat lain. Perangai yang sebegini rupa menjadikan orang lain payah nak membuat keputusan yang muktamad, terutama pemimpin atau rakyat bawahan.

Terkini, suasana sebegini berlaku dalam masa dekat nak menghadapi pilihanraya. Pemimpin nak buat keputusan dah, suasana yang tidak menentu masih berlegar-legar lagi. Pemimpin atasan dah rasanya terlalu banyak yang mereka buat bertujuan menarik kepercayaan orang/rakyat bawahan untuk menyokong dan sudah banyak orang berpendapat jika pilihanraya dalam masa terdekat ini, visi dan misi pemimpin sudah agak tepu dan boleh mendapat sokongan yang hebat. 

Isu pihak penentang, pemimpin dan parti terhebat sudah tidak boleh mempengaruhi orang ramai dan tidak mendapat sokongan lagi, apatah lagi keadaan dalaman mereka/gulungan penentang ini telah terlalu berkecamok. Sesama sendiri mereka bergaduh.

Kepercayaan yang orang ramai bagi hingga 4 ke 5 negeri yang dimenangi, pun mereka tak tunai setara mana. Isu yang membangkitkan kemarahan orang bawahan, tidak di selesaikan. Isu sapu segala harta rakyat yang kata nak bagi ganjaran kapada rakyat pun masih berlegar dalam fikiran rakyat. Nampak sangat negeri yang depa dapat perintah tidak setara mana pun. Banyak kehendak rakyat sebagaimana yang mereka janji dalam menifesto piihanraya umum 2008 masih tidak tertunai.

Jadinya, permasaalahan dalaman dan pergaduhan di pihak penentang niii... serta kerja buat pemimpin atasan pemerintah, jika nak diambil kira sudah mencukupi malahan sudah lebih dari cukup untuk mendapat  kemenangan 2/3 di Parlimen. Tapiiii... macamana ya...!!? Jika masalah dalaman anggota parti pemerintah belum selesai...? Apa kita nak buat?. Nak pakai lapuran pemuhung niii... dengan nak terimapakai gulungan pelobi kata depa kuat dalam kawasan, pun nanti telungkup pulak.

Kita suka nak bagi cadangan. Pemimpin jangan pakai lapuran pemuhung ....... tak kira dari mana agensi pun. Seeloknya, pemimpin hantar orang dari tempat yang tidak di kenali ka kawasan yang orang situ tak kenal. Satu-satu kawasan hantar 30 orang. Kedah pi siasat di Johor, Johor ka Pahang, Pahang ka Melaka, Melaka ka Selangor, Selangor ka Negeri Sembilan, Negeri Sembilan ka Perak, Perak ka Perlis, Perlis ka Kelantan, Kelantan ka Sabah, Sabah ka Serawak, Serawak ka Wilayah Persekutuan dan WP ka Pulau Pinang. Ha, lapuran mereka kena siap dalam masa 2 bulan. Turun, jangan bagi tahu pemimpin tempatan. Pi merayau jadi nelayan, minum kedai kopi dan berbagai cara untuk dapat maklumat yang tepat.

ITU AMAT PREKTIKAL DAN PEMIMPIN AKAN MENDAPAT MAKLUMAT YANG TEPAT. BAGI MEREKA BAWAK NAMA CADANGAN PEMIMPIN TEMPATAN.

4 comments:

Melayu Lunas. berkata...

ooooi.amat sensitif proposal ini.semua ketua bahagian kata depa calon boleh menang.tapi hancok awai lagi.
ada yg ugut peresiden pun ada katanya.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni satu ja, selagi dok pakai laporan mat terap non graduate pencen dan cikgu non graduate pencen, alamatnya PRU13 ni last la UMNO memerintah... hurmmmm.... apa boleh buat, sendiri cari penyakit yang memang dah tau...

Tanpa Nama berkata...

Woi KT, Padi Jantan dok kutuk bos hang, Dato Mukhriz kaw2 tu awat hang tak berani lawan? Baru hang tau no Dato Mukhriz makin ditolak ahli2 umno dan rakyat. Hang mesti mimpi nak bagi Tok Mukhriz jadi MB kan sebab hang leh adjust projek senang. Ala, akai hang tu bukan kami tak tau. Dalam poket kami la. Bukan sehari dua kami dalam UMNO KT woi....

Nayan berkata...

PAdijantan dok Kutuk azizan dll hang tak ambil kisah ka?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates