Khamis, 12 Julai 2012

DAP Bayar Cukai Paling Tinggi, PAS dan PKR Layak Jadi Barua Saja


Jika debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinilai dari segi tajuk yang diberikan iaitu “Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat” maka tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Datuk Seri Dr. Chua telah menang dengan bergayanya.  

Kecuali, jika debat tersebut bertajuk “Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat Cina”, maka Lim Guan Eng mungkin boleh dianggap menang.  Namun, kemenangan itu tidak mungkin dapat diterjemah secara realiti kerana jika satu kaum sahaja yang merasa berpuas hati secara total, maka ia pasti bermakna kaum lain telah tertindas atau terpinggir dan ini pasti akan membawa kepada ketidakstabilan di mana akhirnya kaum yang berpuas hati itu juga akan menanggung akibatnya.  
Seperti juga tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa MCA telah menang dari segi hujah dan kewibawaan, kita tidak dapat menyangkal bahawa LGE atau DAP adalah chauvinis dan rasis tegar setelah menonton debat ini.  

LGE tidak habis-habis membangkitkan soal kononnya MCA mengikut telunjuk UMNO.  Jelas dilihat, masalah LGE di sini bukan kerana UMNO, tetapi kerana UMNO itu Melayu.  Jika UMNO itu sebuah parti Cina juga, tentu LGE tidak punya masalah.  

Secara tidak langsung, LGE cuba menunjukkan yang DAP bukan berada di bawah Melayu, tetapi DAP adalah parti dominan yang mampu menundukkan PKR dan PAS.  

Tidak seperti kerjasama UMNO, MCA dan MIC di mana semangat setiakawan dan saling menghormati dijunjung sebagai kunci keamanan dan kemakmuran negara tetapi di dalam Pakatan Rakyat dan di mata LGE, DAP wajib berada lebih tinggi dari PAS dan PKR kerana kaum Cina tidak harus duduk sama rendah dengan kaum lain.  


Sifat angkuh dan chauvinis ini terserlah dan terbukti apabila LGE berkata, “Jangan lupa bahawa komuniti Cina membayar lebih banyak cukai di Malaysia.”

Sudah jelas bahawa DAP merasakan yang kaum Cina harus memerintah Malaysia hanya kerana mereka menjadi pembayar cukai terbanyak.  Tanpa LGE sedari, kata-kata ini juga membuktikan bahawa kaum Cina cukup kaya, amat mewah dan begitu berjaya di Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional.  

Pendek kata, LGE telah dengan tidak langsung mengakui kejayaan BN atau MCA dalam menjaga kebajikan dan memperjuangkan nasib kaum Cina walaupun tanpa meletakkan kaum mereka sebagai Perdana Menteri.  

Justeru, apa lagi yang diperjuangkan DAP, jika MCA telah berjaya menjadikan kaum cina pembayar cukai terbanyak di Malaysia?  Melainkan ingin memastikan kaum Cina yang menjadi Perdana Menteri, itu saja.  Iaitu satu cita-cita rasis dan rasis semata-mata.  

Dalam soal menjaga hati kaum-kaum lain dan berpegang kepada semangat kerjasama dengan UMNO, MCA tidak perlu mengambil sikap defensif kerana ternyata apa yang MCA lakukan selama ini adalah baik dan tepat sehingga berjaya meletakkan kaum Cina sebagai kuasa ekonomi di mana LGE juga terpaksa mengakuinya.

Bagaimana kaum lain boleh merasa selamat di bawah parti yang begitu rasis yang pasti tidak akan memberi peluang untuk kaum lain bersaing bersama mereka sepertimana UMNO bersedia memberi peluang kepada kaum bukan Melayu untuk meraih kekayaan dan kejayaan di negara ini?

Apa yang pasti, pemimpin rasis dengan parti yang bersifat chauvinis tidak mungkin dapat mentadbir Malaysia dengan baik.   Dengan semua hujah yang berkisar mengenai kepentingan kaum Cina semata-mata, LGE dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP adalah parti Cina dan bukan untuk semua kaum.  

Slogan ‘parti untuk semua kaum’ yang dilaungkan hanyalah merangkumi beberapa individu dari kaum Melayu dan India yang boleh dibonekakan dan diperhambakan oleh mereka.  

Persoalannya, di manakah pendirian PAS dan PKR dalam perkara ini?   Apakah mereka selesa menjadi boneka dan hamba?   Bagaimanakah nasib kaum Melayu dan India jika Pakatan Rakyat memerintah dengan DAP menjadi kepala kuasa, PKR sebagai boneka dan PAS sebagai hamba?  

Persoalan yang boleh disimpulkan dari hujah LGE ialah:  Apakah dengan memuaskan hati kaum Cina secara total, maka Malaysia akan menjadi lebih baik?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates