Khamis, 26 Julai 2012

Dilema rakyat Kedah selepas dikuasai Pas


SOBRI SUDIN
Alor Setar,
Kedah


TATKALA meraikan kemenangan Pas menguasai kerajaan Kedah mulai malam 8 Mac 2008, sikap optimis dalam kalangan pendokong gerakan Islam begitu terserlah.

Dengan komposisi penduduk Islam yang mewakili 75 peratus daripada 1.9 juta penduduk tentulah tidak mustahil untuk proses Islamisasi dilaksanakan.

Pun begitu, harapan demi harapan menemui kebuntuan. Paksi kebenaran, istiqamah memperjuangkan hudud, negara Islam, amal maaruf nahi mungkar, world view Islam, kepimpinan beramanah, berlaku adil dan ihsan kepada rakyat seolah-olah tidak lagi serasi dengan kepimpinan Pas Kedah.

Tanpa perlu menoleh kepada isu lebih rumit, teliti sahaja persoalan akhlak muda mudi di Kedah.

Dahulunya Pas begitu mengambil serius peranannya sebagai 'penjaga moral'.

Apa jua keramaian melibatkan percampuran lelaki perempuan yang bukan muhrim pasti dipandang jelek. 

Kini, realitinya di Kedah tidak lagi. Malah menjadi satu sifat rencam dan bertambah momentumnya penyakit moral itu tatkala lebih 300 karaoke dibenarkan beroperasi selain beberapa buah kelab malam yang saiznya cukup luar biasa dan tidak pernah terbayang akan dibenarkan beroperasi pada zaman BN dulu.

'House Bar' di kawasan majoriti Melayu di Alor Mengkudu dan 'View Nite' di belakang Tesco Mergong yang menggabungkan dan mempamerkan toleransi pemerintahan Islam Pas yang jauh tersasar daripada kehendak ahli dan dasar mereka cita-citakan selama ini.

Ini belum dihitung keberanian gerombolan anak muda yang bersantai di dalam kenderaan masing-masing di hadapan Balai Besar mengadap Masjid Zahir saban malam, sambil melabuhkan tubuh badan mereka untuk aksi yang kurang menyenangkan.

Tidak boleh dilupakan juga aksi-aksi hebat lagi berani anak muda di Jalan Pegawai, Jalan Kuala Kedah dan beberapa jalan utama lain dalam Bandaraya Alor Setar yang sering menjadi trek perlumbaan bagi golongan istimewa yang dikenali 'Mat Rempit'.

Jika mahu ditambah kepada peningkatan gejala jenayah jalanan (misalnya kecurian motosikal, ragut) ketagihan gam, air ketum tentulah satu kajian empiris lain yang menggabungkan sumber data daripada pihak berkuasa boleh dilakukan.

Namun, secara generalisasi umum tidak boleh diketepikan bahawa angka dan peratusnya pasti bertambah kerana kepimpinan dan kerajaan Pas Kedah yang dulunya cukup konsisten memperjuangkan isu moral belia, kini sudah agak keletihan daripada memperkatakannya.


Apatah lagi menguat kuasa dan mempamerkan usaha tindakan.

Lantas tatkala kelemahan demi kelemahan, dasar Islamisasi yang gagal diupayakan dengan penuh komited oleh kerajaan Pas secara meluas, kini masalah lain pula timbul yang pada akhirnya merugikan imej Islam Pas dan rakyat negeri Kedah sendiri.

Sikap dan pendekatan kepimpinan Menteri Besar Kedah yang sudah sinonim dalam kalangan rakyat Jelapang Padi sebagai Menteri Besar serba tidak tahu.

Walhal perkara yang disoal dan dituntut penjelasan lazimnya adalah di bawah bidang kuasa dan domain dirinya selaku Menteri Besar.

Misalnya, sebarang cek pembayaran bagi PKNK, Menteri Besar adalah salah seorang yang wajib menandatanganinya selaku Pengerusi.

Jadi, tatkala timbul isu pembelian saham FGV, bagaimana mungkin Ustaz Azizan boleh menyalahkan Ahli Lembaga Pengarah PKNK dan menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumi tentang pembelian lebih 500,000 unit saham berkenaan.

Jika demikian tandatangan siapakah di atas cek bayaran yang melebihi RM2 juta yang dibuat PKNK untuk pembayaran harga saham berkenaan?

Demikian juga permasalah induk lain seperti isu berleluasanya pusat hiburan dan himpitan hidup rakyat Baling kesan pembalakan menggila hingga air paip di rumah daripada jernih bertukar menjadi keruh menyala.

Apabila diajukan soalan; dengan selamba Menteri Besar yang bergelar Ustaz ini sekali lagi melepaskan tanggungjawabnya dengan kata sinis: 'Saya tidak tahu, kelulusan pusat hiburan di bawah bidang kuasa PBT, Pejabat Daerah dan polis."

Dan untuk jawapan bagi masalah air paip keruh di Baling jawapan mudahnya: "Itu semua kuasa Allah menurunkan hujan dan hujan lebat menyebabkan hakisan tanah lalu masuk ke dalam aliran sungai utama. 
Maka sungai menjadi keruh sebab itu air paip turut menjadi keruh."

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

SURUH PEMIMPIN TERATAS PR BUAT KELAKU MOLEK SIKIT...JAGA AKHLAK ELOK2......JGN NAFSU SERAKAH....BARU DAPBEK DADA AWK TU ISLAM TULIN...X GITU BRO?????

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates