Khamis, 19 Julai 2012

Grand design kerajaan Kedah untuk kenakan KCS?

KCS, Kedah Civil Service atau Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, secara terbuka dan tertutup masih menyokong kerajaan yang dinaunginya sehingga pilihan raya ke-12, iaitu BN.

Ia bukan rahsia lagi. Orang putih kata it’s an open secret. Malah MB Azizan pun sedar perkara itu. Azizan terus ditekan oleh barisan kepemimpinannya supaya mengambil tindakan ke atas anggota KCS yang belot ini. PKR dan DAP pun angkat kening.

Azizan, selaku ketua eksekutif negeri Kedah dikatakan tidak boleh berbuat apa-apa. KCS di bawah DYMM Sultan.

Usia KCS pun bukan kecil-kecil anak. Ia telah menjangkau 103 tahun (1909) dan rakyat Kedah perlu berbangga kerana hasil sentuhan anak-anak Kedah ini, pentadbiran moden berjaya disusun sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid, dengan terlalu sedikit campur tangan British.

Memetik tulisan penyelidik Sobri Sudin dalam blog Kedah Times, katanya: Pada pertengahan kurun ke-19, pentadbiran moden, kemajuan pengurusan, urusan kutipan hasil, sistem percukaian, pentadbiran tanah di Kedah adalah jauh lebih maju berbanding negeri-negeri yang menerima lantikan Residen British seperti Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Kini pada tahun 2012 menjelang PRU Ke-13 ini, KCS masih menjalankan tanggungjawab mereka untuk negeri Kedah. Namun, difahamkan terlalu ramai anggota KCS yang tidak menyokong cara dan dasar Pas pimpinan Azizan.

KCS terus-menerus percaya hanya BN sahaja (walaupun tidak semuanya sempurna) yang boleh menerajui kerajaan Kedah. Banyak rancangan kemajuan Kedah yang dirancang sekarang, tidak seperti dulu.

Perkembangan Kedah dulu begitu rancak. Kini perlahan. Dulu ceria, sekarang malap.

BN boleh mengambil alih semula negeri Kedah. KCS sedang bekerja keras ke arah itu bersama-sama rakyat dan BN.

Oleh kerana pergerakan KCS ini sudah gagal dikawal, satu mesyuarat politik dikatakan diadakan di markas Pas baru-baru ini oleh Azizan dengan sekutu-sekutunya.

Satu grand design atau perancangan besar dan tersusun dikatakan diatur rapi untuk ‘mengenakan’ KCS yang tegar dan degil itu.
Kononnya, dengan arahan MB ke atas SPRM Kedah, mereka mula menyelongkar fail-fail membabitkan DO-DO (Pegawai-pegawai Daerah) untuk mencari salah mereka.

Kesalahan besar atau kecil, kononnya dicari untuk memerangkap pegawai-pegawai itu. Ada antara pegawai yang disoal-siasat oleh SPRM. Ada yang digari. Ada yang ditahan.

Saya merisik-risik dengan KCS benarkah dakwaan ini? Senyap-senyap dan secara berbisik mereka kata ‘‘benar belaka...’’
Mereka kata MB mahu kenakan mereka, malukan mereka. Ancam mereka supaya jangan sokong BN.

Apa Ustaz Azizan buat macam itukah? Itu tidak demokratik namanya.

Apa sekali pun, tanpa diragui KCS nampaknya begitu setia sekali dengan pemerintah pusat.

Jika beginilah setianya pegawai-pegawai KCS ini kepada pusat, mereka layak dipilih untuk bertanding dalam PRU kelak.

Persoalannya di sini, apakah ada di antara mereka yang layak menjadi winnable candidates (calon boleh menang)? Dengar kata banyak. Malah rakyat pelbagai kaum pun dikatakan amat senang dengan mereka ini.

Memetik tulisan Sobri lagi, katanya: ‘‘...apabila rakan-rakan pegawai KCS memberitahu bahawa, ‘jangan terkejut selepas PRU akan datang, akan ada pegawai KCS yang bakal menjadi MB Kedah’.

“Dan pegawai itu yang lebih penting akan bertanding atas tiket UMNO...’’

Dengar kata, PM pun suka dengan KCS ini!

1 comments:

Melayu Lunas berkata...

Anda semua.itu namanya hikmat disebalik UMNO kalah pru 12 yg lalu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates