Khamis, 19 Julai 2012

HARAM sokong jatuhkan pemimpin Islam

Setelah menegur sikap taksub kepada parti ... PAS, ulama yang sama menegur mereka yang ingin menjatuhkan sebuah kerajaan yang diketuai oleh orang Islam.

Kita tertunggu-tunggu apa reaksi PAS apabila teguran yang dibuat oleh ulama ini. Apakah mereka akan menjawab atau mengeluarkan pertanyaan baru demi menutup teguran yang kena tepat di atas kepala mereka?

Kedah Times sudah pasti yang mereka akan memutarkan isu kepada sesuatu yang boleh menutup isu sebenar teguran tersebut.

Inilah taktik puak-puak gila kuasa yang menjadikan Islam sebagai alat untuk menghalalkan apa saja perbuatan mereka.


Teguran Sulaiman dan politik Pas

PADA 27 Mei lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Kenyataan beliau itu menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, malahan ada pemimpin parti itu mahu tahu apa pula jawapan Dr. Sulaiman jika ditanya mengenai orang Islam yang menolak pelaksanaan hukum Islam.

Dan kelmarin, Dr. Sulaiman mungkin sekali lagi membangkitkan perasaan tidak selesa pemimpin dan penyokong parti tersebut apabila menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan kerajaan Islam yang memerintah walaupun dalam kepimpinan didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates